Harian Metro

207,000 siap

1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Sebanyak 207,000 unit daripada sejuta unit rumah mampu milik berjaya disiapkan kerajaan menerusi Program 1 Juta Rumah Mampu Milik, setakat 31 Disember 2016.

Perkara itu dimaklumka­n pada mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) Siri 5 bilangan 1 Tahun 2017 yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini semalam.

Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kenyataan semalam berkata, sebanyak 21.7 peratus atau 217,000 unit rumah mampu milik masih fasa pembinaan manakala baki 41.3 peratus atau 413,000 unit dalam fasa perancanga­n.

Menurutnya, menerusi program itu, kerajaan mensasarka­n satu juta rumah mampu milik dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun sehingga 2018.

“Berdasarka­n perbincang­an berkaitan pelaksanaa­n program perumahan itu, setiap agensi pelaksana pembanguna­n rumah mampu milik amat komited untuk merealisas­ikan matlamat itu.

“Malah, tujuan MPN ini adalah untuk mendapatka­n kerjasama yang erat antara agensi pelaksana pembanguna­n perumahan dan mereka bukan sekadar memantau jumlah unit rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat, sebaliknya merangka strategi dan pelan tindakan secara inovatif,” katanya.

Katanya, MPN juga bertindak menyelaras aspek perundanga­n dan mekanisme harga hartanah serta memastikan penyediaan rumah dengan lebih cekap dan cepat sekali gus boleh menjana pembanguna­n industri perumahan secara menyeluruh.

Terdahulu, Najib turut menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi penyerahan 1,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi projek PPR Sri Aman, Kepong, Kuala Lumpur.

MoU itu membabitka­n Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

 ??  ?? NAJIB menyaksika­n majlis MoU bagi penyerahan 1,000 unit rumah projek PPR Sri Aman, Kepong, semalam.
NAJIB menyaksika­n majlis MoU bagi penyerahan 1,000 unit rumah projek PPR Sri Aman, Kepong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia