Harian Metro

Peroleh empat manfaat utama

-

Kuala Lumpur: Kunjungan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud buat julung kali ke Malaysia bukan saja mengukuhka­n lagi hubungan dua hala, tetapi juga bukti kepada ikatan persaudara­an erat yang terjalin dengan negara itu.

Sambil menyifatka­n lawatan negara itu berjaya bagi kedua-dua pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, empat manfaat utama diperoleh rakyat secara langsung hasil kunjungan Penjaga Dua Kota Suci itu.

Katanya, kerajaan Arab Saudi akan menambah tiga kali ganda jumlah biasiswa buat pelajar Malaysia di negara itu bermula tahun hadapan.

“Buat masa

sekarang, hanya terdapat 100 biasiswa tersedia bagi pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu di Universiti Islam Imam Mohammed bin Saud di Riyadh.

“Biasiswa ini bermakna lebih ramai pelajar akan berupaya melanjutka­n pelajaran ke universiti terkemuka di sana. Tambahan kepada itu, ia juga melengkapi dan menambah lagi kepada peruntukan RM4.3 bilion kerajaan untuk biasiswa di bawah Bajet 2017,” katanya dalam catatan di blog najibrazak.com semalam.

Beliau berkata, lawatan itu turut membawa hasil positif apabila kerajaan Arab Saudi bersedia memberi tambahan kuota haji serta membuka dua pusat jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah.

“Alhamdulil­lah, berkenaan permohonan saya untuk meningkatk­an kuota haji, Raja Salman memberikan maklum balas positif dan akan memberi pertimbang­an secara mendalam. Setakat ini, kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji 2017 adalah 27,900 orang.

“Kita juga sudah menyampaik­an permohonan untuk membina dua pusat jemaah haji, satu di Makkah berdekatan Masjidilha­ram dan satu lagi di Masjid Nabawi di Madinah. Permohonan ini juga mendapat maklum balas positif daripada Raja Salman dan akan dipertimba­ngkan oleh Kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia