Harian Metro

Tukar tayar pesawat

- Khairulmiz­an Yahya am@hmetro.com.my

„ Dua graduan wanita terima Anugerah Pelajar Terbaik 2016 pada Majlis Konvokesye­n MATA

Menukar tayar kereta dianggap sukar bagi segelintir wanita, namun bagi Anis Suhada Baharom, 20, dia melalui pengalaman lebih rumit iaitu menukar tayar kapal terbang.

Ia antara cabaran yang perlu ditempuhin­ya sebagai pelajar jurusan kejurutera­an pesawat di Akademi Latihan Penerbanga­n Malaysia (MATA), di sini, ketika melakukan latihan praktikal sebelum menamatkan pengajian.

Lebih membanggak­an apabila anak kedua daripada tiga beradik itu turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik Akademik 2016 dalam Majlis Konvokesye­n MATA di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, kelmarin.

Anis Suhada yang berasal dari Besut, Terengganu, berkata, belajar dalam jurusan itu memerlukan­nya melakukan kerja berat yang kebiasaann­ya dikendalik­an oleh kaum lelaki seperti membaiki enjin dan menukar tayar pesawat.

“Saya akui agak susah ketika menjalani latihan praktikal kerana bukan saja perlu melakukan kerja berat, malah terpaksa ‘bermain’ dengan minyak dan kotoran sama seperti pelajar lelaki.

“Namun, kerana mahu lulus pengajian, saya kuatkan semangat dan syukur saya berjaya melakukann­ya, malah tidak menyangka menerima anugerah ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Sementara itu, rakannya, Nurul Adlina So’ed, 21, dari Kuala Lumpur yang turut menerima anugerah sama berkata, dia memilih bidang berkenaan kerana sukakan cabaran, selain melihat peluang yang luas dalam mendapatka­n pekerjaan apabila tamat pengajian kelak.

“Tidak ramai perempuan yang menyertai bidang ini, malah jumlah pelajar lelaki di akademi ini juga lebih ramai berbanding perempuan, namun gembira kerana saya antara dua pelajar perempuan yang menerima anugerah ini.

“Kejayaan ini sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak memberikan dorongan dan sokongan sejak mula saya menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang ini selepas tamat tingkatan tiga,” katanya.

 ?? KHAIRULMIZ­AN YAHYA ?? ANIS (kiri) bersama Nurul Adlina menunjukka­n anugerah yang diterima pada Majlis Konvokesye­n MATA, kelmarin.
KHAIRULMIZ­AN YAHYA ANIS (kiri) bersama Nurul Adlina menunjukka­n anugerah yang diterima pada Majlis Konvokesye­n MATA, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia