Harian Metro

Pilih peserta untuk MySuria

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

„ Proses kenal pasti calon bermula bulan ini

Kerajaan kini mengenal pasti rakyat miskin tegar dalam kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) untuk menyertai Program MySuria bagi meningkatk­an pendapatan golongan ini.

Melalui Program MySuria yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perbentang­an Bajet 2017 Oktober tahun lalu, panel suria dipasang di kediaman peserta terpilih untuk menjana tenaga elektrik sebelum dijual semula kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan memperoleh pendapatan pasif RM250 sebulan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Panglima Dr Maximus Ongkili berkata, proses mengenalpa­sti mereka yang layak bermula bulan ini dan Pihak Berkuasa Koridor serta Ahli Parlimen boleh mengenalpa­sti kumpulan ini di kawasan mereka.

“Pelaksanaa­nnya membabitka­n 1,620 isi rumah miskin tegar di seluruh negara dengan peruntukan RM45 juta.

“Program ini lebih sesuai dilaksanak­an di kawasan perumahan atau kampung, dan bukannya di kediaman pangsapuri. Keutamaan diberikan kepada negeri yang mempunyai lebih banyak jumlah rakyat dalam kumpulan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) pertama yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Bangunan Perdana Putra, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Maximus berkata, program itu akan dibiayai Kementeria­n Kewangan (MOF) dan diselarask­an Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA).

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu bersetuju melanjutka­n pelaksanaa­n Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) bagi tempoh lima tahun lagi mulai 2018 hingga akhir 2022 dengan peruntukan RM5 bilion.

“GTFS diperkenal­kan pada 2010 dengan dana RM3.5 bilion yang akan tamat Disember ini, dan skim ini berjaya melahirkan ramai usahawan tempatan dalam bidang teknologi hijau dengan pembiayaan RM2.96 bilion bagi 272 projek.

“Melihat kepada kesannya, mesyuarat MTHPI hari ini (semalam) bersetuju melanjutka­n pelaksanaa­n skim ini dengan penambahba­ikan yang dikenali sebagai GTFS 2.0,”katanya.

Katanya, pelaksanaa­n GTFS 2.0 penting bagi memastikan projek berasaskan teknologi hijau yang berpotensi dan berdaya saing mendapat sokongan pembiayaan, seterusnya menyumbang pada pertumbuha­n dan pembanguna­n teknologi hijau negara.

Menurutnya, mesyuarat turut memperakui Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) yang menggarisk­an langkah mentransfo­rmasi ekonomi Malaysia berlandask­an teknologi hijau untuk mencapai pertumbuha­n ekonomi rendah karbon.

Maximus berkata, ia selaras sasaran negara untuk mengurangk­an intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 45 peratus pada 2030.

“Daripada keseluruha­n sasaran penguranga­n itu, 35 peratus dilaksanak­an tanpa syarat, manakala 10 peratus lagi bersyarat dan tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan.

“GTMP memberi tumpuan kepada enam sektor utama iaitu tenaga, pembuatan, pengangkut­an, bangunan, pengurusan sisa pepejal dan air,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, mesyuarat meluluskan Penubuhan Dana Kontrak Prestasi Tenaga yang akan menjadi pemangkin perniagaan bagi industri Syarikat Perkhidmat­an Tenaga.

 ??  ??
 ??  ?? ONGKILI (kanan) bersama Wan Junaidi pada sidang media selepas Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
ONGKILI (kanan) bersama Wan Junaidi pada sidang media selepas Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia