Harian Metro

Lakonan ibu lalok

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

„ Lima beranak lepas gian dadah dalam pondok kebun orang

Seorang wanita berusia 54 tahun berpura-pura meracau diserang histeria sejurus sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mahu menahannya untuk menjalani pemeriksaa­n.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Selasa lalu, lapan pegawai penguat kuasa AADK Hulu Langat diketuai Hairulazna­m Kamarruzam­an menyerbu pondok di kawasan kebun di Kampung Sungai Sekamat, di sini.

Pemeriksaa­n di pondok usang itu mendapati ia didiami wanita terbabit bersama anak lelaki, menantu dan dua cucunya.

Ketua Pegawai AADK Hulu Langat, Muhammad Ramlan Syed Ahmed berkata, pihaknya melakukan serbuan itu selepas menerima aduan orang awam berhubung pembabitan keluarga itu dalam aktiviti penagihan dadah.

“Kami difahamkan, keluarga terbabit bina pondok itu di atas tanah kebun milik penduduk di situ, malah pernah diminta keluar namun tidak diendahkan.

“Ketika menemu bual wanita yang mendapat taraf penduduk tetap itu, dia mendakwa tidak pernah mengambil dadah. Bagaimanap­un, hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif syabu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan menantu wanita itu apabila ujian air kencing mendapati dia juga positif syabu.

“Wanita berusia 26 tahun itu mengaku mengambil dadah selepas sering bergaduh dengan suaminya.

“Kami juga menunggu lelaki terbabit namun isterinya memaklumka­n lelaki itu sudah tiga hari tidak pulang selepas mereka berselisih faham,” katanya.

Menurutnya, pihak AADK turut dimaklumka­n suami wanita terbabit juga penagih dan dilaporkan pulang ke Indonesia.

“Wanita itu mengaku mengambil dadah selama dua tahun dan memberi alasan terlalu tertekan selepas tiga anak lelakinya menjadi penagih dadah tegar.

“Mereka ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI AADK menyerbu pondok didiami sekeluarga yang dilaporkan terbabit penagihan dadah.
PEGAWAI AADK menyerbu pondok didiami sekeluarga yang dilaporkan terbabit penagihan dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia