Harian Metro

Sebaran 10 undang-undang jalan raya baru palsu

-

Kuala Lumpur: Penyebaran maklumat berhubung pelaksanaa­n beberapa undang-undang baru jalan raya yang didakwa bakal dilaksanak­an berkuat kuasa 1 Mac lalu adalah palsu.

Difahamkan, maklumat disebarkan itu menyenarai­kan 10 undang-undang baru apabila pengguna boleh disaman serta dikenakan pemotongan mata menyamai pelaksanaa­n sistem mata demerit.

Antara kesalahan dinyatakan ialah meriba anak ketika memandu akan dipotong enam mata berserta denda RM300, melanggar lampu isyarat merah dipotong enam mata dan didenda RM200, pemandu mabuk dipotong 12 mata selain lesen memandu digantung sehingga lima tahun, tidak memakai tali pinggang keledar dipotong tiga mata dan didenda RM200 dan penumpang kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar dipotong satu mata dan denda RM50.

Selain itu, menggunaka­n telefon ketika memandu boleh dikenakan tindakan pemotong tiga mata dan denda RM200, merokok semasa memandu dipotong satu mata serta didenda RM200, menutup nombor plat pendaftara­n dikenakan 12 mata, memandu melebihi had kelajuan dipotong enam mata serta kompaun dan membenarka­n individu remaja bawah umur memandu boleh digantung lesen selama setahun, dipotong enam mata dan denda RM300.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkut­an Semenanjun­g Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri berkata, semua maklumat disebarkan itu tidak tepat dan boleh mengeliruk­an orang ramai.

Menurutnya, maklumat palsu itu menyerupai pelaksanaa­n sistem demerit atau Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang dicadangka­n sebelum ini.

“Bagaimanap­un, pelaksanaa­n sistem berkenaan belum diputuskan.

“Memang ada cadangan melaksanak­an semula sistem berkenaan namun segalanya akan diputuskan kelak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? SEBARAN maklumat palsu tular dalam laman sosial.
SEBARAN maklumat palsu tular dalam laman sosial.
 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia