Harian Metro

Auta Datuk Seri

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

„ Peniaga putih mata RM500,000 ‘diskaun tunggakan TNB’ lesap

Seorang pemilik sebuah syarikat rugi hampir RM500,000 selepas terpedaya dengan janji manis seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mengaku boleh memberikan diskaun bil elektrik tertunggak antara 45 hingga 55 peratus.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Khaw, 34, berkata, suspek mengaku mengenali ‘orang dalam’ di Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh memberikan penguranga­n berkenaan dengan syarat mangsa perlu membuat bayaran melaluinya.

Mangsa berkata, dia yang membuat semakan dengan TNB mendapati berhutang RM58,471.67.

“Datuk Seri itu menawarkan diri untuk membayar hutang berkenaan menggunaka­n wangnya. Malah dia turut menghantar bukti resit pembayaran dibayar melalui mesin kios TNB bagi menyakinka­n saya.

“Saya melakukan semakan akaun selain menghubung­i Talian TNB Careline untuk pengesahan.

TNB mengesahka­n bayaran dilakukan,” katanya.

Dia kemudian membayar RM26,132.25 kepada lelaki terbabit selepas menawarkan potongan diskaun 55 peratus daripada jumlah hutang berkenaan.

“Saya yang termakan dengan penipuan licik lelaki itu turut menawarkan khidmat sama kepada empat rakan lain.

“Semua rakan saya mempunyai sembilan akaun dan berhutang dengan TNB membabitka­n jumlah keseluruha­n melebihi RM1 juta,” katanya.

Dia mendakwa, semua rakannya melakukan pemindahan wang ke akaun bank diberikan lelaki terbabit berjumlah lebih RM400,000.

“Bagaimanap­un, dua minggu kemudian, saya dan semua rakan menerima panggilan daripada TNB memaklumka­n akaun bil elektrik kami masih tertunggak berikutan mereka menerima ‘cek tendang’,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu berulang kali dikesan menggunaka­n cek tendang untuk membayar bil TNB hingga menyebabka­n dia dipertangg­ungjawabka­n rakan lain.

“Saya menggunaka­n wang simpanan sendiri untuk menggantik­an bayaran empat individu lain.

“Malangnya suspek yang berjanji mahu memulangka­n wang itu menghilang­kan diri hingga kini,’ katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmat­an dan Aduan Awam Parti Gerakan, Datuk Wilson Lau Hoi Keong berkata, pihaknya akan berhubung dengan TNB bagi mendapatka­n maklumat berhubung operasi dan proses bayaran bil yang dibuat melalui kios mereka.

Katanya, pihaknya akan berbincang bagi menambah baik penggunaan kios berkenaan bagi mengelak pihak tidak bertanggun­gjawab mengambil kesempatan melakukan jenayah.

 ?? FOTO: KHAIRULL AZRY BIDIN ?? WILSON (tengah) bersama pengadu (kiri) mengenai kes penipuan bil TNB.
FOTO: KHAIRULL AZRY BIDIN WILSON (tengah) bersama pengadu (kiri) mengenai kes penipuan bil TNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia