Harian Metro

Elemen unik KL Gateway Mall

-

Kuala Lumpur: KL Gateway Mall yang mula dibuka semalam menjadi satu-satunya pusat beli-belah di negara ini menampilka­n enam elemen dari benua berbeza bagi setiap tingkatnya.

Pusat beli-belah setinggi tujuh tingkat yang terletak di Jalan Kerinchi, di sini, itu mempamerka­n rekaan, perabot dan elemen dari Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Utara, Australia, Eropah dan Asia bagi setiap tingkatnya sebagai tarikan kepada pengunjung.

Lebih menarik, ia muncul satu-satunya pusat beli-belah yang mempunyai laluan terus dengan stesen transit aliran ringan (LRT) yang dijenamaka­n semula sebagai Stesen LRT KL Gateway Universiti menerusi jejantas berhawa dingin sepanjang 100 meter.

Ketua Pengurusan Aset Suez Domain Sdn Bhd Michael Chee berkata, dengan lokasi strategik di tepi Lebuhraya Persekutua­n yang menghubung­kan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Bangsar, KL Gateway Mall mampu menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk membeli-belah di situ.

“Dengan pilihan lebih 200 kedai daripada kategori fesyen, perkhidmat­an, elektronik, makanan dan minuman serta pelbagai lagi, kami menyasarka­n kehadiran seramai 350,000 pengunjung sebulan.

“Setakat ini, lebih 80 peratus penyewa sudah mula beroperasi dan selebihnya akan memasukiny­a pada suku ketiga tahun ini,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ia juga menyediaka­n ruang tengah terbuka dengan bumbung lut sinar dikenali sebagai Central Piazza yang berkonsep urban untuk pelbagai acara dan aktiviti kekeluarga­an.

Katanya, selain HM dan Village Grocer sebagai penyewa utama, KL Gateway Mall turut mencatat sejarah sebagai lokasi pertama pembukaan cawangan jenama fesyen terkenal Korea, The Twee di Malaysia serta dua lagi jenama kedai makanan tempatan iaitu He’s Dawan dan Tovista

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia