Harian Metro

PUSPAKOM nafi terbabit kegiatan cari untung

-

Kuala Lumpur: Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) tidak terbabit dengan sebarang kegiatan mencari keuntungan dengan menjual pelekat pemantul cahaya kenderaan.

Difahamkan ada pihak tidak bertanggun­gjawab cuba memutarbel­itkan fakta berhubung isu pemasangan dan penjualan pelekat pemantul cahaya.

Dalam kenyataan dikeluarka­n semalam, PUSPAKOM menyatakan pihaknya tidak menjual pelekat pemantul cahaya, tetapi hanya menyediaka­n ruang di beberapa pusat pemeriksaa­nnya untuk aksesori itu dijual kepada orang ramai.

Menurutnya, dua pengeluar iaitu 3M Malaysia dan Orafol Reflective Solutions diberikan ruang niaga berkenaan kerana pelekat pemantul cahaya mereka menepati standard SIRIM MS 828:2011.

Jurucakap PUSPAKOM berkata, pihaknya tidak pernah mengiktira­f mana-mana pengeluar pemantul cahaya kerana ia di luar bidang kuasa mereka berikutan pengiktira­fan hanya diberikan oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pada Oktober 2016 atas dasar produk syarikat itu menepati pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM.

“Bagi pengusaha syarikat logistik dan pemilik lori yang ingin membeli pelekat keluaran sama ada 3M Malaysia atau Orafol Reflective Solutions, ia boleh dibeli daripada pengedar mereka,” katanya.

Garis panduan piawaian pelekat pemantul cahaya boleh didapati di laman web Puspakom di www.puspakom.com.my.

Mulai 1 Januari lalu, semua kenderaan perdaganga­n berat dengan BDM 3,500kg ke atas diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya (reflektor) yang mempunyai standard SIRIM MS 828:2011 oleh Kementeria­n Pengangkut­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia