Harian Metro

108 sertai Toyota Eco Youth 2017

-

Shah Alam: Seramai 108 peserta terdiri daripada pelajar, guru dan guru besar membabitka­n 12 sekolah menengah seluruh negara menyertai program Toyota Eco Youth (TEY) 2017 dalam usaha mengurangk­an kesan gas rumah hijau.

Menggunaka­n tema penguranga­n kesan karbon, program itu dianjurkan khusus dalam usaha mendidik pelajar untuk menjadi lebih peduli terhadap alam sekitar, seterusnya mengurangk­an kesan perubahan iklim.

Peserta, Intan Sabrina Mohd Suffian, 16, dari Sekolah Menegah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, Negeri Sembilan berkata, rasa sayang terhadap alam sekitar menyebabka­nnya turut serta pada program itu.

“Kita harus peka dengan keadaan persekitar­an yang semakin terjejas akibat pembanguna­n.

“Pada program ini, kami belajar cara mengurangk­an karbon dioksida seterusnya mewujudkan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program TEY 2017 di sini, semalam.

Pelancaran disempurna­kan Timbalan Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan (Pembanguna­n Pendidikan & Sektor Polisi), Datuk Seri Khairil Awang.

Hadir sama, Presiden UMW Toyota Motor (UMWT), K Ravindran.

Sementara itu, Ravindran berkata, program itu bertujuan memupuk dalam jiwa generasi muda keperluan untuk mendepani dan menerajui aktiviti mesra alam.

Beliau berkata, pengalaman serta pengajaran yang diperoleh sangat berguna ketika mereka perlu membuat keputusan sebagai pemimpin masa depan negara.

Ravidran berkata, melihat kepada keadaan alam sekitar pada masa ini, UMWT percaya penguranga­n kesan karbon sebagai langkah penting yang perlu diberi perhatian.

Pada program ini, kami belajar cara mengurangk­an karbon dioksida seterusnya mewujudkan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian”

Intan Sabrina Mohd Suffian

 ??  ?? KHAIRIL (kiri) beramah mesra dengan peserta selepas merasmikan TEY 2017 di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.
KHAIRIL (kiri) beramah mesra dengan peserta selepas merasmikan TEY 2017 di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia