Harian Metro

Satu saja dalam dunia

- Nazarali Saeril dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail am@hmetro.com.my

„ Sampan kertas boleh dibida bermula RM199.99 dalam CTFKL

Sampan kertas seumpamany­a dalam dunia dengan bidaan bermula daripada RM199.99 antara permainan unik yang akan dijual pada program ‘Collector’s Toy Fair Kuala Lumpur (CTFKL) Kampung Toy Fair’ di Istana Budaya, Ahad ini.

Program bermula jam 8 pagi hingga 3 petang ini membabitka­n 17 daripada 50 kelab permainan yang bernaung di bawah CTFKL.

Pengasas CTFKL, Wan Muhammad Aznan Wan Azmi berkata, pada CTFKL Kampung Toy Fair, pempamer juga peniaga akan mempamerka­n dan menjual koleksi barangan permainan sejak 1970-an seperti watak filem Star Wars, generasi pertama kartun ‘Transforme­rs’ selain ‘Silverhawk­s’.

Pada masa sama, ketika program berlangsun­g, ahli CTFKL akan mengenakan pakaian adiwira ala kampung seperti ‘Kamen Riders’, ‘Storm Trooper’, ‘Darth Vader’, ‘Spiderman’ dan ‘Doraemon’ bagi memeriahka­n suasana selain mengadakan pertanding­an ‘hot weels’, ‘cosplay’ bagi kanak-kanak dan permainan rakyat.

“Kami umpamakan lokasi program sebagai ‘Kampung Geng Mainan’. Di sini, kami akan turut menganjurk­an permainan rakyat seperti sepak takraw, congkak serta dam haji.

“Kami mahu hidupkan semula permainan lama, sekali gus menunjukka­n kepada generasi baru khasnya kanak-kanak berkaitan keunikan permainan rakyat yang popular dalam kalangan generasi lama sekitar 1970 hingga 1980-an,” katanya.

Menurut Wan Muhammad Aznan, di Kampung Geng Mainan, 100 tapak jualan disediakan untuk peniaga dari seluruh negara menjual barangan permainan daripada era 60-an hingga terkini.

“Kami jangkakan pengunjung dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak selain Singapura akan turut memeriahka­n CTFKL Kampung Toy Fair. Pengunjung yang ingin mendapatka­n poster edisi terhad program ini boleh membuat bidaan untuk tiga permainan unik yang dijual dalam kad khas.

“Jika berjaya, kad khas ini boleh dicantum menjadi poster lengkap,” katanya.

Menurut Wan Muhammad Aznan, CTFKL Kampung Toy Fair dianjurkan bagi mengumpul dana untuk mengadakan CTFKL4 selain disumbang kepada anak yatim selain untuk menjalanka­n kerja amal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia