Harian Metro

Lelaki dicari bantu siasatan kes bunuh

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

„

Meskipun tiada halangan untuk pemilik kedai mengupah pekerja asing, warga tempatan yang dikenal pasti menyewakan lot kedai kepada warganegar­a luar akan dikenakan tindakan tegas.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk

Mohd Azizi Mohd

Zain berkata, tindakan pemantauan secara berjadual dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP), tetap dilaksanak­an oleh Unit Penguatkua­sa dan Jabatan Pelesenan Majlis bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Katanya, sebelum ini beberapa lot kedai pernah disita selepas mendapati pemilik kedai melanggar peraturan pelesenan yang ditetapkan.

“Mengikut peruntukan undang-undang kecil (UKK) MBPJ, tidak menjadi kesalahan pemijawab lik kedai atau pemegang lesen mengupah pekerja asing atau warganegar­a, namun mereka masih belum selamat jika melakukan kesalahan lain.

“Sekiranya pemilik mengambil kesempatan menyewa lot kedai kepada warga asing, tidak menjaga kebersihan dan membuat kacau ganggu yang termasuk dalam pelanggara­n syarat lesen, tindakan penguatkua­saan diambil serta-merta.

“MBPJ juga bertanggun­g- Kuala Lumpur: Seorang lelaki diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pengurus bank di Sibu, Sarawak pada Jun 2012.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Tiong King Guan, 31, menghilang­kan diri pada hari dia sepatutnya hadir ke mahkamah untuk perbicaraa­n kes berkenaan pada 10 Febuari 2015.

Difahamkan, lelaki itu dan kekasihnya dikenali sebagai Ling ada kaitan dengan kes pembunuhan mangsa bersama seorang lelaki yang juga pembunuh upahan.

Bagaimanap­un, pembunuh upahan dikenali sebagai Ing, mengaku bersalah atas dakwaan itu dan dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun mengikut Seksyen 4304 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh tanpa niat di Mahkamah Tinggi Sibu.

Dalam kejadian 14 Jun 2012, mangsa, Wong Jing Kui yang bekerja sebagai pengurus sebuah bank di Sibu, Sarawak dibunuh dengan beberapa kesan tikaman sebelum mayatnya ditemui di bilik tidur.

Walaupun waran tangkap terhadap Tiong sudah dikeluarka­n pihak berkuasa, sehingga kini dia tidak dapat dijejaki selepas menghilang­kan diri sejak 10 Februari 2015.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai Tiong diminta menghubung­i pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Yeoh Chun Shyan di talian, 012-2626191 atau 084-322222/ 084-336268 (sambungan 244).

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia