Harian Metro

TUMBUH SEDERHANA

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Kadar pelaburan Malaysia diunjur selaras dengan ekonomi

Pertumbuha­n pelaburan dijangka sederhana pada tahun ini selaras dengan perkembang­an ekonomi Malaysia dan global.

Jumlah pelaburan diluluskan yang dicatatkan pada tahun lalu adalah sebanyak RM207.9 bilion dengan sektor perkhidmat­an menjadi penyumbang utama sebanyak RM141.2 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah itu adalah peningkata­n 7.7 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatka­n pelaburan diluluskan RM193 bilion.

“Setakat

Februari

lalu, jumlah pelaburan diterima untuk sektor pembuatan sebanyak RM18.8 bilion, manakala sektor perkhidmat­an pula RM16.5 bilion.

“Kerajaan meletakkan sasaran untuk mencapai jumlah pelaburan diluluskan bagi sektor pembuatan sebanyak RM55 bilion, manakala perkhidmat­an pula RM75 bilion,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi pelaburan Malaysia pada 2016 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud.

Dalam perkembang­an lain, Mustapa berkata, kerajaan tidak membuat sebarang sekatan dagangan antara Malaysia dan Korea Utara walaupun berdepan isu pembunuhan lelaki rakyat negara itu yang didakwa mempunyai pertalian dengan pemimpin tertinggin­ya.

Beliau berkata, aktiviti perdaganga­n yang dilakukan adalah atas inisiatif persendiri­an dan tidak ada kaitan dengan kerajaan.

“Perdaganga­n antara syarikat Malaysia dan Korea Utara memang wujud namun jumlahnya kecil.

“Isu pembunuhan yang berlaku itu tidak memberi kesan kepada dagangan dua hala ini kerana ia terpulang kepada syarikat untuk membuat penilaian risiko masing-masing,” katanya.

Setakat ini, tidak ada pelaburan yang diluluskan diterima daripada syarikat Korea Utara di Malaysia yang direkodkan MIDA.

Namun, jumlah dagangan dicatatkan antara kedua-dua negara tahun lalu sebanyak RM18 juta, manakala RM22 juta dicatatkan pada 2015 dengan produk utama yang didagangka­n adalah minyak kelapa sawit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia