Harian Metro

BNM kekal OPR tiga peratus

-

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) memutuskan untuk mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, aktiviti ekonomi di negara maju dan negara sedang pesat membangun terus bertambah baik dengan perdaganga­n global menunjukka­n pemulihan.

“Dalam persekitar­an ini, ekonomi Asia mendapat manfaat daripada permintaan luaran lebih kukuh dalam keadaan kegiatan ekonomi dalam negeri yang mampan.

“Bagi 2017, ekonomi global diunjurkan berkembang pada kadar yang pantas sedikit.

“Namun, masih terdapat risiko kepada pertumbuha­n global yang berpunca daripada ancaman seperti perlindung­an perdaganga­n, perkembang­an geopolitik, turun naik pasaran kewangan yang lebih ketara dan perkembang­an negatif dalam harga komoditi utama,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, dengan pertumbuha­n permintaan dalam negeri yang mampan, sumbangan sektor luaran yang lebih positif akan menjadikan prestasi ekonomi Malaysia lebih baik.

BNM berkata, ringgit juga terus stabil bersama-sama mata wang pasaran sedang pesat membangun lain apabila pelaksanaa­n langkah pembanguna­n pasaran kewangan memberikan kesan positif kepada pasaran kewangan domestik.

“Mudah tunai sistem perbankan kekal mencukupi. Institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh serta pertumbuha­n pembiayaan kepada sektor swasta adalah selaras dengan kadar pertumbuha­n aktiviti ekonomi,” katanya.

Inflasi keseluruha­n diunjurkan lebih tinggi pada 2017, mencermink­an terutamany­a kesan pindahan kenaikan harga minyak global ke atas harga bahan api runcit dalam negeri.

Ia dijangka secara relatif kekal tinggi pada separuh pertama tahun ini sebelum menurun semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia