Harian Metro

Manfaat potensi ISG

-

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pemilik Lapangan Terbang Antarabang­sa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) mengumumka­n rancangan untuk menjadi peneraju dalam mewujudkan bandar raya lapangan terbang dunia.

Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali berkata, rancangan itu akan membawa syarikat ke peringkat seterusnya bukan semata-mata sebagai pengendali lapangan terbang, malah seiring perkembang­an dan arah aliran lapangan terbang di seluruh dunia.

“Sebagai sebahagian daripada syarikat, ISG mempunyai lokasi unik antara empat bandar paling membangun di Turki dan memiliki potensi pertumbuha­n tinggi, sekali gus menjadi aset utama kepada strategi perluasan antarabang­sa MAHB.

“Kami menjangkak­an ISG bukan hanya penyumbang utama kepada kemampanan syarikat, malah memberi nilai seterusnya kepada ekonomi Turki dan memperting­katkan tarikan antarabang­sanya dengan sokongan pelaburan terbaru dan akan datang MAHB,” katanya dalam atu kenyataann­ya.

Beliau berkata,

„ MAHB umum rancangan jadi peneraju bandar raya lapangan terbang dunia

MAHB perlu untuk berubah kepada perspektif lebih global bagi mewujudkan peluang lebih besar kepada ISG termasuk membabitka­n perubahan merangkumi semua segmen perniagaan.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan ISG terus berkembang maju dan bersaing di peringkat global.

“Kami yakin ISG yang menjadi aset utama ekonomi Turki mempunyai potensi sangat besar. Antara lain, lokasi strategikn­ya menghubung­kan Asia dan Eropah membolehka­n ISG berkembang dan mengendali­kan hampir 30 juta penumpang pada 2016.

“Selain itu, lapangan terbang itu turut memperluas­kan kesalinghu­bungan dalam Eropah, Asia Barat dan Afrika serta mengalu-alukan syarikat penerbanga­n baru seperti Emirates, Etihad dan Nile Air serta pelancaran destinasi baru oleh Turkish Airlines dan Pegasus,” katanya.

Katanya, syarikat merancang untuk melabur lagi dalam peningkata­n kapasiti semasa ISG dengan pembinaan kemudahan balai berlepas baru bagi memenuhi trafik domestik yang semakin bertambah.

“Kami menjangkak­an lapangan terbang itu akan menggandak­an kapasiti bangunan terminalny­a, didorong kesalinghu­bungan yang pesat ke ISG serta destinasi berhampira­n lapangan terbang itu, di samping penyiapan landasan kedua pada 2018.

“Seiring dengan strategi perluasan antarabang­sa kami, syarikat akan terus memacu nilai daripada pelaburan kami di ISG untuk mencatat pertumbuha­n kendiri,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Gokhan Bugday melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ISG berkuat kuasa 1 Mac lalu bagi membolehka­n barisan kepimpinan baru melaksanak­an sasaran pertumbuha­n baru.

“Kami amat menghargai sumbangan Bugday bagi pertumbuha­n ISG sejak lapan tahun lalu,” katanya. Malayan Banking Berhad (Maybank) mengumumka­n Pengerusin­ya Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor akan melepaskan jawatan itu pada 31 Mac ini selepas dilantik sebagai pengarah dan pengerusi kumpulan perbankan terbesar tempatan itu pada 1 Oktober 2009.

Mulai 1 April, Datuk Mohaiyani Shamsudin akan menjadi pengerusi wanita pertama mengetuai lembaga pengarah utama Maybank, syarikat senaraian awam terbesar di Malaysia.

“Saya meninggalk­an kumpulan ini dalam keadaan gembira kerana ia kini memiliki keupayaan kukuh bagi meneruskan visi.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada ahli lembaga pengarah dan pegawai di peringkat pengurusan serta kakitangan atas sokongan padu dan komitmen mereka dalam mengukuhka­n jenama dan reputasi Maybank serta mengekalka­n kedudukann­ya sebagai syarikat senaraian awam utama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata, lembaga pengarah dan pengurusan berterima kasih kepada Megat Zaharuddin atas kepimpinan beliau yang kukuh di Maybank.

 ??  ?? BADLISH AM
BADLISH AM
 ??  ?? MEGAT Zaharuddin
MEGAT Zaharuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia