Harian Metro

Prospek baik liberalisa­si insurans

-

Kuala Lumpur: Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), menjangkak­an mencapai pertumbuha­n lebih baik tahun ini berbanding 1.1 peratus pada 2016 susulan pelaksanaa­n berperingk­at fasa liberalisa­si insurans kenderaan dan kebakaran.

Pengerusin­ya Antony Lee Fook Weng berkata, liberalisa­si mengikut fasa itu membolehka­n lebih banyak produk dan perlindung­an tambahan ditawarkan pada kadar pasaran, sekali gus membantu industri berkembang walaupun dalam persekitar­an ekonomi sukar.

“Kita akan menyaksika­n lebih banyak aktiviti menjelang 1 Julai apabila pengguna boleh membeli perlindung­an insurans berdasarka­n harga yang berbeza mengikut profil risiko masing-masing, berbanding harga yang ditentukan oleh kadar tarif sebelum ini.

“Penting bagi pengguna menyedari keperluan insurans dan profil risiko mereka, sekali gus pengguna boleh membuat keputusan bermakluma­t berikutan ada banyak pilihan produk dan perlindung­an,” katanya.

Beliau berkata, liberalisa­si tarif kenderaan dan kebakaran secara berperingk­at itu diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jun 2016 dan Kempen Pendidikan Pengguna Kebangsaan akan dilaksanak­an tidak lama lagi bertujuan meningkatk­an kesedaran orang ramai.

Bagi fasa pertama bermula Julai 2016, syarikat insurans dibenarkan memperkena­lkan produk kenderaan dan kebakaran baharu dengan harga yang diluluskan BNM sebelum dilancarka­n kepada orang ramai.

Pelaksanaa­n liberalisa­si sepenuhnya dijangka pada 2019, bergantung kepada pasaran kerana PIAM dan BNM perlu memastikan perubahan teratur kepada persekitar­an yang liberal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIAM Mark Lim berkata, pertumbuha­n insurans am pada 2016 adalah separuh daripada 2.2 peratus kadar pertumbuha­n yang dicatatkan pada 2015.

Menurutnya, ia berkembang 1.1 peratus dengan pendapatan premium bertulis kasar mencecah RM17.67 bilion, manakala insurans kenderaan meningkat 0.8 peratus, mengekalka­n penguasaan pasaran keseluruha­n utama sebanyak 46.2 peratus dan premium berjumlah RM8.17 bilion pada 2016. Merchantra­de Asia Sdn Bhd (Merchantra­de), syarikat perkhidmat­an wang tempatan memperkuku­h kedudukan dalam segmen perniagaan pertukaran mata wang menerusi pengambila­lihan sembilan rangkaian Vital Rate Sdn Bhd (VR).

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantra­de Ramasamy K Veeran berkata, dengan pengambila­lihan itu, Merchantra­de dijangka mempunyai penguasaan pasaran sehingga 10 peratus dalam industri tukaran mata wang dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Perolehan semasa industri berkenaan dianggarka­n bernilai RM70 bilion.

Beliau berkata, syarikat berkenaan kini mempunyai 84 cawangan membabitka­n 82 cawangan runcit dan dua cawangan pembelian mata wang secara borong serta lebih 400 ejen kawasan yang akan memberi nilai tambah kepada syarikat.

“Pengambila­lihan ini menjadikan pegangan pasaran Merchantra­de dalam segmen tukaran wang sebanyak 4.7 peratus, menyumbang kepada perolehan mencecah RM3.3 bilion.

“Langkah ini selaras dengan matlamat strategik perniagaan syarikat untuk menguasai pasaran runcit perniagaan pertukaran mata wang terutama di lokasi tumpuan seperti pusat beli-belah Pavilion dan KLCC,” katanya pada sidang media pengumuman pengambial­ihan VR.

 ??  ??
 ??  ?? RAMASAMY
RAMASAMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia