Harian Metro

DIBAKAR HIDUP-HIDUP

- Agensi

Seorang wanita yang dituduh dirasuk syaitan maut selepas dibakar hidup-hidup dalam satu upacara untuk membuang roh jahat.

Vilma Trujillo, 25, meninggal dunia selepas seminggu dirawat di hospital akibat melecur seluruh badan apabila dibakar sekumpulan penduduk di kampung El Cortezal di timur laut Nicaragua.

Media tempatan melaporkan, Vilma ditangkap seorang lelaki, Juan Rocha yang mengaku sebagai paderi dari sebuah kumpulan gereja dan menuduh wanita itu dirasuk syaitan.

Rocha dan beberapa pengikutny­a membogelka­n Vilma sebelum mengikat wanita itu dan mencampakn­ya ke dalam longgokan kayu yang dibakar.

Bagaimanap­un, keluarga Vilma menyedari kejadian itu dan segera menyelamat­kan wanita berkenaan.

Vilma dibawa ke hospital untuk rawatan tetapi meninggal dunia seminggu selepas itu akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Rocha yang ditahan polis memberitah­u Vilma dirasuk syaitan tetapi menafikan dia membakar mangsa.

Katanya, keadaan Vilma sukar dikawal ketika upacara menghalau syaitan itu dan terjatuh ke dalam api.

Sementara itu, suami Vilma, Reynaldo Peralta memberitah­u isterinya bukan dirasuk syaitan tetapi menjadi mangsa kumpulan itu yang

Wanita dicampak dalam api untuk ‘halau syaitan’

mengamalka­n ilmu hitam.

Katanya, ketika serangan itu dia tiada di rumah dan sedih melihat isterinya diserang dengan kejam.

Wanita pertama Nicaragua yang juga Naib Presiden negara itu, Rosario Murillo mengecam serangan berkenaan yang dianggapny­a amat menyedihka­n dan sangat terkutuk.

Rosario juga berjanji mereka yang terbabit dalam pembunuhan itu akan menerima hukuman setimpal.

“Perkara seperti ini tidak boleh berlaku lagi,” tegasnya.

 ??  ?? VILMA dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital selepas dibakar sekumpulan penduduk kampung. Agensi
VILMA dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital selepas dibakar sekumpulan penduduk kampung. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia