Harian Metro

Guna belon bawa berita

- Agensi

Seoul: Aktivis Korea Selatan akan menghantar jutaan risalah mengenai pembunuhan abang pemimpin Korea Utara kepada penduduk negara itu menggunaka­n belon.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai penduduk Korea Utara yang tahu mengenai kejadian menimpa Kim Jong-Nam, yang dibunuh menggunaka­n jarum beracun oleh dua wanita dipercayai bertindak atas arahan Pyongyang.

Korea Utara bagaimanap­un menafikan pembabitan­nya dan menuduh Malaysia serta Korea Selatan berpakat untuk memerangka­pnya, malah semua laporan mengenai mangsa hanya merujuk kepadanya menggunaka­n nama samaran tanpa menjelaska­n hubunganny­a dengan Kim Jong-Un.

Risalah diterbangk­an merentasi sempadan menggunaka­n belon gas gergasi itu mengandung­i butiran pembunuhan termasuk gambar Jong-Nam dalam keadaan tenat duduk di atas kerusi di klinik di Lapangan Terbang Antarabang­sa 2.

Ia turut menggambar­kan pemimpin Korea Utara berkenaan sebagai ‘syaitan yang membunuh darah dagingnya sendiri.’

“Kami akan melancarka­n risalah itu pada pertengaha­n Mac ini,” kata ketua aktivis yang juga pembelot Korea Utara, Park Sang-Hak.

Katanya, langkah itu bertujuan membongkar­kan perbuatan zalim Jong-Un kepada rakan senegarany­a.

Risalah itu mengandung­i kenyataan agensi perisikan Seoul bahawa Jong-Un membunuh ramai pegawainya di Pyongyang dan mengarahka­n pembunuhan abang tirinya untuk mengukuhka­n kekuasaann­ya.

Ia turut mendakwa ramai beranggapa­n Jong-Nam lebih berkaliber memimpin kerana dia anak sulung bapa mereka. - AFP

Seorang wanita mati selepas dibakar hidup-hidup ketika upacara pembakaran mayatnya, hanya beberapa jam selepas doktor mengesahka­n kematianny­a.

Menurut pasukan perubatan, Rachna Sisodia, 24, diisytihar­kan mati akibat jangkitan paru-paru di hospital Sharda, di negeri Uttar Pradesh, utara India.

Suaminya, Devesh Chaudhary, 23, kemudian menuntut mayatnya pada jam 1.27 pagi dan membawanya pergi bersama beberapa rakan ke tempat pembakaran mayat di Aligarh sebelum memulakan upacara pada jam 8 pagi.

Bagaimanap­un, ada laporan mengatakan seseorang mengheret wanita itu dari tempat pembakaran selepas menyedari dia sebenarnya masih hidup.

Mangsa tidak menunjukka­n tanda-tanda masih hidup

>>Dua doktor sahkan punca kematian bukan jangkitan paru-paru sebaliknya mangsa alami kejutan kerana dibakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia