Harian Metro

Bukti palsu alasan bunuh suspek dadah

-

Manila: Badan pemerhati hak asasi manusia semalam menuduh polis Filipina memalsukan bukti untuk mewajarkan pembunuhan kejam dalam perang terhadap dadah yang menyebabka­n lebih 7,000 kematian dan menuduh Presiden Rodrigo Duterte bertanggun­gjawab sepenuhnya.

Human Rights Watch dalam satu laporan berkata, Duterte dan pegawai kanan lain memulakan serta mengapi-apikan gerakan membunuh suspek kes dadah dalam kempen yang dianggap badan itu sebagai jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Laporan berkenaan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat siasatan bebas bagi menentukan pihak yang bertanggun­gjawab dan memastikan kebertangg­ungjawaban.

Jurucakap presiden Ernesto Abella berkata, tiada satu pun tuduhan itu dibuktikan di mahkamah selain menyifatka­n dakwaan berkenaan cuma khabar angin.

Sementara itu, jurucakap polis negara Dionardo Carlos berkata, Human Rights Watch perlu berkongsi maklumat dengan pihak polis supaya mana-mana pelaku boleh didakwa di mahkamah.

Katanya, tidak semua 7,000 kematian dinyatakan laporan itu berkaitan dadah, sebaliknya data polis menunjukka­n 2,500 orang terbunuh dalam operasi polis sementara lebih 4,000 lagi kematian masih dalam siasatan, dengan cuma 680 membabitka­n dadah.

Laporan Human Rights Watch berkata, polis berulang kali membunuh suspek dadah sebelum membuat dakwaan palsu kononnya perbuatan itu untuk mempertaha­nkan diri.

“Malah, polis meninggalk­an senjata dan dadah di tempat kejadian. Peranan Duterte dalam pembunuhan ini menjadikan­nya orang paling bertanggun­gjawab atas kematian ribuan orang,” kata pengarah Human Rights Watch dan penulis laporan itu, Peter Bouckaert. - AP

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n melihat kerosakan pada ibu pejabat daerah di Kabul akibat serangan berani mati, Rabu lalu. Seramai
22 orang maut dan 120 orang cedera
dalam serangan berkembar di ibu negara
Afghanista­n itu. - AFP
ANGGOTA keselamata­n melihat kerosakan pada ibu pejabat daerah di Kabul akibat serangan berani mati, Rabu lalu. Seramai 22 orang maut dan 120 orang cedera dalam serangan berkembar di ibu negara Afghanista­n itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia