Harian Metro

Sumbat dalam bilik rahsia

- Agensi

Fidofilia dipenjara 27 tahun atas pelbagai tuduhan seksual babit gadis bawah umur selama beberapa dekad

Seorang lelaki warga emas yang membina bilik rahsia untuk menyorokka­n mangsa rogolnya berusia l4 tahun dipenjara 27 tahun selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak selama beberapa dekad di kediamanny­a di Yorkshire.

Michael Dunn, 57, didapati bersalah merogol dan mencabul empat remaja sepanjang beberapa tahun dengan dua daripadany­a disimpan sebagai hamba, malah kediamanny­a turut mengandung­i bilik rahsia yang pada satu ketika digunakan untuk menyorokka­n seorang mangsanya berusia 14 tahun setiap kali polis datang mencari gadis berkenaan.

Dunn menangis ketika dijatuhi hukuman untuk 10 tuduhan rogol, tiga dakwaan pengurunga­n secara salah dan tiga lagi membabitka­n serangan seksual selepas perbicaraa­n yang bermula Januari lalu.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Tony Briggs berkata: “Rekod menunjukka­n kamu seorang yang licik, manipulati­f dan mahu berkuasa terhadap orang lain.”

Sebelum ini, seorang mangsa lain pernah membuat laporan polis terhadapny­a pada 1993 tetapi polis tidak mengambil tindakan kerana menganggap laporannya sukar disahkan.

Polis dan kakitangan khidmat masyarakat kini disiasat berhubung kegagalan menghalang Dunn selama dua dekad.

Ketika perbicaraa­n, mahkamah diberitahu Dunn memecahkan tembok rumahnya untuk mewujudkan ruang cukup besar bagi menyorokka­n mangsa terbabit, selain mengarahka­n dua anjingnya menjaga tempat itu.

Mahkamah diberitahu, mangsa berkenaan melarikan diri dari rumah anak yatim pada 1993 dan mendapat perlindung­an di kediamanny­a, malah polis pernah datang ke rumah itu sehingga sembilan kali untuk mencarinya kerana mengesyaki dia berada di situ tetapi tidak dapat dibuktikan.

Jenayahnya akhirnya terbongkar pada 2014 apabila mangsa terbabit akhirnya membuat laporan polis pada usia dewasa.

 ??  ?? DUNN
DUNN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia