Harian Metro

LANCAR PROGRAM REALITI

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Selepas rayuan permohonan penggantun­gannya tidak dilayan Persatuan Bina Badan Malaysia, jaguh bina badan negara Sazali Samad mengorak langkah dengan melancarka­n program realiti Sazali Samad Fitness Challenge (SSFC) musim pertama.

Minatnya yang mendalam terhadap sukan itu mendorong Sazali untuk menganjurk­an program realiti berkenaan.

Katanya SSFC khas bagi membantu setiap peserta menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan dalam tempoh lapan minggu dengan bantuan pakar kecergasan, pemakanan dan jurulatih berpengala­man.

Juara 10 kali Mr Universe itu, berkata dia terpanggil untuk mengadakan program SSFC selepas menyedari ramai dalam kalangan rakyat Malaysia kini menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti kerana gaya hidup dan pemakanan kurang sihat.

Katanya, program SSFC terbuka kepada peserta lelaki atau wanita berusia 14 tahun ke atas dengan penekanan khusus terhadap penguranga­n lemak berlebihan menerusi senaman dan gaya hidup sihat seperti Sazali Samad.

“SSFC juga menyediaka­n modul latihan dan pemakanan yang membantu peserta mempraktik­kannya sendiri gaya hidup sihat dan senaman selepas tamat program berkenaan. “Juara program SSFC akan ditentukan berdasarka­n jumlah penguranga­n peratusan lemak badan tertinggi setiap peserta dalam tempoh dua bulan sebelum keputusan diumumkan, pada 28 Mei.

“Pemenang bertuah bakal menerima pelbagai hadiah termasuk wang tunai, hamper dan percutian bersama saya ke luar negara,” katanya.

Mereka berminat menyertai program SSFC boleh melayari laman web www.sazalisama­dacademy.my atau emel ke sazalisama­d.academy@gmail.com

„ Sazali bantu peserta jaga kesihatan, turunkan berat badan dalam tempoh lapan minggu

 ??  ?? SSFC juga menyediaka­n modul latihan dan pemakanan yang membantu peserta mempraktik­kannya sendiri gaya hidup sihat dan senaman selepas tamat program berkenaan”
SSFC juga menyediaka­n modul latihan dan pemakanan yang membantu peserta mempraktik­kannya sendiri gaya hidup sihat dan senaman selepas tamat program berkenaan”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia