Harian Metro

Ramai minat larian baton

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Negara bertanding Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sambut baik acara julung kali Malaysia pencetus kepada Larian Baton dan tema Bangkit Bersama ini bertepatan dengan semua negara bertanding. Saya juga amat berharap Filipina yang akan menjadi tuan rumah selepas ini akan meneruskan Larian Baton dan menjadikan acara tetap menjelang Sukan SEA”

Zolkples Embong

Penganjura­n Larian Baton Bangkit Bersama disambut baik semua negara bertanding pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Biarpun ia pertama kali diperkenal­kan, sambutan diterima di luar jangkaan dengan negara mengambil bahagian memberi maklum balas positif.

Malah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jawatankua­sa Pengelola Sukan SEA (MASOC) Kuala Lumpur 2017 Datuk Seri Zolkples Embong mengesahka­n peninju terkemuka dari Filipina Manny Pacquiao sudah bersetuju untuk turut terbabit sama dalam Larian Baton itu sebagai tanda sokongan kepada atlet yang akan bertanding di Sukan SEA nanti.

Katanya, Thailand turut memberi maklum balas yang memberangs­angkan apabila mereka terpaksa memanjangk­an jarak larian kepada 23 kilometer (km) daripada 10km kerana terlalu ramai yang ingin mengambil bahagian dalam acara julung kali diadakan itu.

“Malaysia pencetus kepada Larian Baton dan tema Bangkit Bersama ini bertepatan dengan semua negara bertanding.

“Saya juga amat berharap Filipina yang akan menjadi tuan rumah selepas ini akan meneruskan Larian Baton dan menjadikan­nya acara tetap menjelang Sukan SEA,” katanya.

Zolkples menegaskan objektif Larian Baton Bangkit Bersama adalah untuk mempromosi­kan temasya Sukan SEA KL Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 dalam kalangan negara peserta di rantau Asia Tenggara.

Justeru secara tidak langsung akan meningkatk­an kesedaran mengenai KL 2017 dan seterusnya menyemarak­kan keterujaan terhadap sambutan menjelang Sukan SEA dan Pada ASEAN.

Larian Baton Bangkit Bersama ini akan bermula di Brunei pada Ahad ini dan akan diserahkan kepada Filipina pada 12 Mac diikuti Laos (18 Mac), Myanmar (25 Mac), Thailand (1 April), Vietnam (9 April), Timor Leste (15 April), Kemboja (22 April), Indonesia (30 April), Singapura (13 Mei) dan Malaysia (14 Mei).

 ?? FOTO: FARIZ ISWANDY ?? ZOLKPLES (dua dari kanan) menunjukka­n Baton Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017 selepas sidang media di KBS, semalam.
FOTO: FARIZ ISWANDY ZOLKPLES (dua dari kanan) menunjukka­n Baton Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017 selepas sidang media di KBS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia