Harian Metro

‘Pingat emas matlamat kami’

-

Lumpur: Barisan kuartet 4x100 meter wanita negara sedang mencari pendekatan terbaik dalam menyusun pelari yang akan beraksi di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur nanti.

Justeru kehadiran empat pelari negara membabitka­n Siti Fatimah Mohamad, Zaidatul Husniah Zulkifli, S Komalam dan Nurul Faezah Asma Mazlan di Afrika Selatan akan digunakan sebaik mungkin bagi merencana posisi pelari.

Sebagai pelari paling senior Siti menegaskan setiap pelari perlu mencuba setiap posisi kerana pelari ketiga dan keempat sebenarnya menjadi kunci kekuatan pasukan.

Katanya, pertanding­an di Afrika Selatan nanti akan digunakan sebaik mungkin untuk menentukan posisi sesuai dalam usaha untuk meraih emas di temasya itu nanti.

“Misi utama kami adalah untuk emas. Semua pelari sudah sematkan impian untuk itu.

“Jadi kami perlu berusaha lebih keras dan mengkaji kesalahan dilakukan pada pertanding­an sebelum ini.

“Selepas melihat rakaman video kelemahan kami terletak pada pelari ketiga dan keempat yang mana proses menukar baton mengambil masa selain larian di selekoh memainkan peranan,” katanya.

Tegas Siti disebabkan itu beberapa kejohanan yang akan disertai esok akan menjadi medan untuk mencari formula dengan setiap pelari perlu mencuba setiap posisi.

Di Singapura, dua tahun lalu, kuartet 4x100m negara menerusi gandingan Siti, Husniah, Komalam dan Noor Amira Mohamad Nafiah menyumbang gangsa dengan catatan 45.41s.

Namun gandingan baru yang menyelitka­n Faizah bagi menggantik­an tempat Amira berjaya mencatatka­n masa lebih pantas dan juga rekod baru kebangsaan 44.32s ketika menyertai Terbuka Singapura dan kini berada di kedudukan kedua di belakang kuartet Thailand dalam senarai ranking Asia Tenggara yang dikeluarka­n baru-baru ini.

Sebelas atlet olahraga negara kini berkampung di Afrika Selatan sebagai persediaan memperbaik­i pencapaian tiga emas di Sukan SEA Singapura.

Mereka membabitka­n pemegang rekod 100m negara, Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisyam Abdul Manap, Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Azam Masri dan Rayzam Shah Wan Sofian.

Atlet wanita yang turut serta ialah pemenang gangsa 400m Shereen Samson Vallabouy.

 ??  ?? SITI (kanan) mahu rakan kuartet fokus sasaran emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
SITI (kanan) mahu rakan kuartet fokus sasaran emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia