Harian Metro

3,500 sertai Powerman Asia di Putrajaya

-

Kuala Lumpur: Siri Kejohanan Powerman Asia Duathlon terbesar dunia akan kembali ke Putrajaya hujung minggu ini dengan 3,500 peserta sudah mendaftar.

Powerman adalah platform untuk pelari dan penunggang basikal meningkatk­an pencapaian dan penguasaan dalam dua bidang sukan itu.

Malaysia akan diwakili jaguh dan atlet pelbagai bidang sukan, Jason Loh bagi kategori elit, manakala atlet para kebangsaan Mohd Sabki Ariffin akan beraksi dalam kategori Individual Short.

“Kami terpaksa menutup pendaftara­n kerana jumlah peserta yang sungguh luar biasa. Ini untuk menjamin keselamata­n dan keselesaan semasa berlumba bagi merebut gelaran juara Asia pada kejohanan itu.

“Peningkata­n ketara dari segi jumlah pendaftara­n peserta mencermink­an peningkata­n minat terhadap sukan duatlon di Malaysia dan di rantau ini serta keyakinan mereka terhadap kemahiran kami dalam mengurus perlumbaan,” kata Pengarah Perlumbaan Powerman Malaysia, Thailand dan Indonesia Iskandar Shahril dalam kenyataan semalam.

Kejohanan Powerman Asia Duathlon mengandung­i empat kategori Powerman Individual Classic dan Powerman Classic Team Relay (larian sejauh 10KM/berbasikal sejauh 60KM/larian sejauh 10KM) dan Powerman Individual Short serta Powerman Short Team Relay (larian sejauh 5KM/berbasikal sejauh 30KM/larian sejauh 5KM).

Tiga pemenang teratas setiap kategori layak mendapat Tiket VIP ke Kejohanan Duathlon Jarak Jauh Powerman Dunia 2017 di Switzerlan­d, yang mengandung­i acara larian sejauh 10KM/berbasikal sejauh 150km/larian sejauh 30KM. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia