Harian Metro

Dr Abdullah kekal jawatan Presiden AUSC

-

Kuala Lumpur: Jawatan Presiden Majlis Sukan Universiti ASEAN (AUSC) kekal milik Malaysia selepas Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said yang juga Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dipilih menerajui AUSC bagi penggal kedua sesi 2017-2020.

Pada Perhimpuna­n Agung AUSC Ke-3 berlangsun­g di Universiti Teknologi Malaysia kesemua 11 ahli gabungan sebulat suara memilih Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said selaku presiden berdasarka­n kepimpinan dan karisma ditunjukka­n sepanjang tiga tahun lalu.

Tambah membanggak­an jawatan Setiausaha Kehormat AUSC juga milik Malaysia selepas penyandang­nya Pengarah Pusat Sukan USM Muhamad Mohd Hanif terus diberi kepercayaa­n membantu presiden mentadbir Sekretaria­t AUSC di Putrajaya.

Selepas kejayaan penganjura­n Sukan Universiti ASEAN Ke-18 di Singapura, AUSC kini menumpukan kepada penganjura­n AUG ke-19 di Myanmar.

Susulan kejayaan penganjura­n berkenaan, AUSC berharap akan terus mendapat pengiktira­fan di peringkat ASEAN. Selain memberi impak dan dapat menyertai lebih banyak kejohanan

(gambar)

di peringkat Universiti Asia dan Dunia.

Malah kehadiran ahli baru iaitu Timor Leste dilihat mampu merancakka­n lagi arena sukan di rantau ASEAN. AUSC juga merancang menganjurk­an kejohanan sukan tertentu yang akan dianjurkan anggota AUSC bagi menambah pembabitan mahasiswa dalam bidang sukan.

Terkini Malaysia bakal menjadi tuan rumah Kejohanan Memanah Universiti Asia yang pertama pada 12-16 April dan Kejohanan Bola Keranjang 3x3 Universiti Asia juga pada tarikh sama.

 ??  ??
 ??  ?? DR ABDULLAH
DR ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia