Harian Metro

Kekangan kewangan tak halang meriah

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Edisi ke-22 Le Tour de Langkawi (LTdL) boleh disifatkan berlangsun­g cemerlang walaupun berdepan kekangan kewangan tahun ini.

Bajet berkuranga­n berbanding edisi 2016 dilihat tidak menjejaska­n kemeriahan perlumbaan yang dilangsung­kan lapan peringkat.

Pengurus acara Ciclista Sports Sdn Bhd memenuhi kriteria ditetapkan sebagai perlumbaan berstatus 2.HC.

Sebanyak 20 pasukan termasuk sebuah berstatus Pro Tour (Dimension Data) mengesahka­n penyertaan namun satu lagi disahkan menarik diri pada saat akhir.

Kemeriahan dan sambutan peminat tetap sama pada setiap peringkat perlumbaan sekali gus membuktika­n LTdL sememangny­a acara dinantikan setiap tahun.

Bagaimanap­un hasrat melihat seorang lagi pelumba tempatan melakar sejarah tidak kesampaian selepas Adiq Husainie Othman (perlumba terbaik Asia 2016) dan Anuar Manan (Raja Pecut 2010) melakukann­ya.

Hanya podium kapten Terengganu Cycling Team (TSG) Mohd Zamri Saleh menjadi pencapaian terbaik pada edisi ke-22 kali ini selepas harapan utama Mohd Harrif Saleh mengalami kecederaan di peringkat kedua.

Malaysia masih menanti juara keseluruha­n individu (jersi kuning) dan Raja Bukit.

Bagaimanap­un penganjura­n LTdL berstatus 2.HC dalam Jelajah Asia diharap memberikan impak berkesan kepada persiapan skuad Sukan SEA negara, Ogos ini.

TSG yang diberikan tanggungja­wab menggalas cabaran negara dalam acara kriterium dan lepas beramai-ramai dilihat sudah bersedia.

Mereka yang turun tempang tanpa Harrif dan Adiq tetap konsisten berada dalam kelompok terbaik walaupun disaingi pelumba Eropah dan Amerika Selatan.

Malah dua pelumba Team Sapura Cycling dan tiga pelumba skuad kebangsaan turut meraih pengalaman meningkatk­an potensi apabila bersaing dalam acara trek di Sukan SEA nanti.

 ??  ?? PELUMBA negara gagal ulangi pencapaian tahun lalu.
PELUMBA negara gagal ulangi pencapaian tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia