Harian Metro

‘Saya aktif bersukan berkat doa ibu’

- Zaid Salim sukan@hmetro.com.my

Kuala Nerus: “Saya buat semua ini (aktif bersukan) khas untuk ibu yang banyak mendoakan kejayaan saya,” kata Olahragawa­ti Terengganu 2015/2016 Siti Rahmah Mohamad Nasir.

Atlet pencak silat negara berusia 30 tahun dari Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu itu dinobat penerima anugerah berkenaan selepas mengetepik­an tiga calon lain, Alia Sazana Azahar (menembak), Siti Nor Farhana Mustafa (bola jaring) dan Fatehah Mustapa (berbasikal) pada Malam Anugerah Sukan Terengganu (AST)2015/2016 yang berlangsun­g di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, malam kelmarin.

“Saya bersyukur kerana selepas lima kali tersenarai sebagai calon, akhirnya saya dinobatkan pemenang. Anugerah ini membakar semangat saya untuk mencipta lebih banyak kemenangan bagi mengharumk­an nama negeri dan negara,” katanya.

Sementara itu, kategori Olahragawa­n Terengganu disandang pemenang gangsa acara keirin Olimpik Rio Azizulhasn­i Awang yang menewaskan empat calon lain - Mohamad Fairus Abd Jabar (boling padang), Razak Ghazali (pencak silat), Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) dan Mohd Nafiizwan Mohd Adnan (skuasy).

Majlis penganuger­ahan disampaika­n Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Olahragawa­n dan Olahragawa­ti masing-masing membawa pulang RM7,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil.

Bagi kategori Olahragawa­n dan Olahragawa­ti Harapan, ia dimenangi atlet muay thai Mohammad Azizi Shamsuddin dan pemain golf Nur Durriyah Damian.

Terengganu Cycling Team (TSG) pula dipilih Pasukan Lelaki Terbaik manakala tiada pemenang bagi Pasukan Wanita Terbaik kerana calon tidak memenuhi kriteria pencalonan anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia