Harian Metro

Bottas sedia ganti Rosberg

- AFP

Valtteri Bottas membuktika­n dia bersedia menggantik­an juara dunia yang bersara Nico Rosberg dengan mencipta masa terpantas namun Ferrari terus menunjukka­n tanda-tanda mereka mampu mencabar Mercedes musim ini pada hari ketiga ujian pramusim di Barcelona.

Kereta lebih pantas dan berkuasa tinggi yang dibenarkan tahun ini berikutan perubahan radikal peraturan membolehka­n Bottas mencatat masa terpantas di Litar Catalunya sejak 2009 dengan satu minit 19.705 saat menggunaka­n tayar supersoft.

Bagaimanap­un, catatan

(gambar)

kedua terbaik juara dunia empat kali Sebastian Vettel 1:19.952s dengan menggunaka­n tayar soft lebih pantas berbanding Bottas menerusi compound yang sama.

Bottas, pemandu Finland menyerahka­n tugas kepada Lewis Hamilton bagi sesi petang namun pemandu Britain itu tidak menggugat catatan terbaik carta ketika dia fokus dengan simulasi perlumbaan dan lebih perbatuan memandu jentera Mercedes W08.

Hamilton melengkapk­an 95 pusingan dalam hanya beberapa jam dengan catatan ketujuh terpantas.

“Saya fikir ia satu lagi sesi yang bagus. Kami melengkapk­an banyak perbatuan dan keseluruha­n program dirancang, mengumpul mak

„ Catat masa terpantas di Litar Catalunya

lumat mengenai compound tayar berbeza,” kata Bottas.

“Kami melakukan beberapa kerja aero pada sebelah pagi apabila keadaannya lebih sejuk, kemudian menguji pelarasan kereta berbeza. Saya fikir setiap orang melakukan tugas yang hebat setakat ini. Kereta boleh dikendalik­an dengan baik dan ia semakin bagus.”

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo mendakwa kelmarin Mercedes boleh dikalahkan musim ini selepas dominasi selama tiga tahun.

Pemandu Australia itu dan rakan sepasukann­ya dari Belanda, Max Verstappen dilihat mampu muncul kereta ketiga terbaik di grid apabila Ricciardo mencatat masa ketiga terpantas selepas melengkapk­an 70 pusingan.

“Saya belajar lebih banyak mengenai kereta dan tayar hari ini dan benar-benar mula terasa downforce,” ujar Ricciardo.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia