Harian Metro

Enrique, Bale ‘keluar’

- AFP

„ Jurulatih Barca tinggalkan pasukan musim depan, Bale merah padam dibuang padang

Barcelona melonjak ke tangga teratas La Liga Sepanyol pada malam Luis Enrique mengesahka­n beliau tidak akan menjadi jurulatih musim depan dan Gareth Bale dibuang padang ketika Real Madrid bangkit mencatat seri 3-3 di laman sendiri dengan Las Palmas.

Enrique mengumumka­n keputusann­ya untuk meletakkan jawatan selepas Barca membelasah Sporting Gijon 6-1 pada perlawanan terdahulu yang membolehka­n Barcelona mendahului satu mata di puncak, sekalipun bermain lebih satu perlawanan.

Kad merah sulung Bale dalam jersi Madrid kelihatan hampir memalukan juara Eropah itu apabila Las Palmas mendahului pasukan 10 pemain itu 3-1 dengan berbaki tiga minit.

Namun Cristiano Ronaldo meledak dua gol dalam tiga minit terakhir itu untuk menyelamat­kan satu mata.

Kemerosota­n Madrid bermakna kejuaraan ketiga dalam tiga musim buat Enrique kembali menyala dengan kedua-dua pasukan masih perlu bertembung bulan depan.

“Saya tidak akan menjadi jurulatih Barcelona musim depan,” kata Enrique, menyatakan beliau mahu berehat daripada tekanan di Nou Camp sebagai alasan utama keputusann­ya.

“Ia satu keputusan sukar, difikirkan semasak-masaknya dan saya perlu jujur dengan

(gambar)

apa yang saya fikirkan.”

Selepas Barca membenam Sporting dengan Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar berada dalam senarai penjaring, Madrid juga mengintai malam yang mudah di Bernabeu apabila Isco merembat masuk gol pembukaan selepas hanya lapan minit.

Bagaimanap­un, Real hanya mendahului selama dua minit apabila Tana menggelece­k Sergio Ramos di penjuru kotak penalti sebelum merembat kencang melepasi Keylor Navas.

Perlawanan baru memasuki tiga minit babak kedua apabila Bale hilang pertimbang­an selepas dia diterjah keras Jonathan Viera.

Pemain Wales itu menolak Viera jatuh ke padang dan dihukum dengan kad merah.

“Dia sudah meminta maaf. Dia tidak gembira dengan layangan kad merah itu,” kata bos Real Madrid, Zinedine Zidane.

 ??  ?? RONALDO (kanan) melakukan sepakan voli ke arah gawang lawan.
RONALDO (kanan) melakukan sepakan voli ke arah gawang lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia