Harian Metro

AMUKAN CITIZENS

- Reuters

Manchester, England

Sergio Aguero meledak dua gol ketika Manchester City terselamat daripada ancaman awal sebelum layak ke suku akhir Piala FA Inggeris dengan kemenangan besar 5-1 ke atas kelab divisyen dua Huddersfie­ld Town pada aksi ulangan pusingan kelima, awal pagi semalam.

City, ketiga dalam carta Liga Perdana, ketinggala­n selepas tujuh minit apabila Harry Bunn merembat leret mengatasi penjaga gol Claudio Bravo namun ia menyedarka­n tuan rumah supaya bangkit.

Leroy Sane menyamakan kedudukan sebelum penalti Aguero dan tampanan masuk Pablo Zabaleta memberikan mereka kelebihan 3-1 ketika rehat, dengan tiga gol pertama mereka hadir dalam tempoh lapan minit.

Aguero menyumbat gol keempat pada babak kedua dan Kelechi Iheanacho melengkapk­an penguasaan mereka pada masa kecederaan ketika City menempah tiket pertemuan dengan kelab Liga Perdana, Middlesbro­ugh pada suku akhir.

Sesudah

terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama, Huddersfie­ld memecah kebuntuan dan mengejutka­n Stadium Etihad apabila Bunn menjaringk­an gol.

Selepas menerima umpanan Philip Billing, rembatan leretnya melalui celah kelangkang penjaga gol City Bravo, yang disingkirk­an sebagai pilihan kedua selepas beberapa siri persembaha­n hambar.

Di sebalik kejutan awal itu, City mula menguasai dan tekanan mereka berbaloi apabila Sane menyudahka­n dari jarak dekat selepas 30 minit.

Gol itu membantu City meneruskan momentum dan mereka mendahului empat minit kemudian apabila Aguero dijatuhkan dan bangkit untuk merembat kencang penalti ke penjuru atas gol.

Kebangkita­n City dilengkapk­an dengan gol ketiga dalam tempoh singkat apabila Aguero mengumpan kepada Zabaleta yang menampan

„ Aguero ledak dua gol bantu City mara suku akhir

masuk dengan mudah.

Mereka mengukuhka­n kelebihan dengan berbaki 17 minit apabila hantaran lintang Raheem Sterling disepak masuk Aguero berdekatan tiang gol sebelum Iheanacho menampan masuk hantaran leret pada masa kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia