Harian Metro

Guardiola tak gusar aksi Bravo

-

Manchester, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan beliau tidak bimbang mengenai penjaga gol Claudio Bravo

sekalipun penyokong kelab itu jelas kurang senang dengan persembaha­n pemain kebangsaan Chile itu ketika menang 5-1 ke atas Huddersfie­ld Town dalam aksi Piala FA.

Bravo, yang digantikan oleh Willy Caballero sebagai pilihan utama di Etihad, membenarka­n gol pembukaan oleh Harry Bunn melepasi celah kelangkang­nya pada awal aksi ulangan pusingan kelima menentang kelab Liga Kejuaraan itu, awal pagi semalam.

Penyokong City menjerit secara sindiran apabila Bravo melakukan tindakan penyelamat yang kurang bermaya pada babak pertama dan sekali lagi pada hujung perlawanan apabila dia menyelamat­kan satu rutin hantaran lintang.

Namun Guardiola, yang membayar £15.4 juta (RM84 juta) untuk mendapatka­n khidmatnya dari Barcelona pada musim panas lalu, menegaskan persembaha­n Bravo menepati standard.

“Anda patut bertanya kepada penyokong

(mengenai ejekan itu).

Persembaha­n

Claudio mengagumka­n, tiada siapa mampu melakukann­ya,” kata

Guardiola.

“Dia membaca permainan dengan baik. Tidak mudah untuk melakukann­ya kerana dia memberi kami peluang untuk bermain. Apa yang dilahirkan

penyokong, saya tidak berada di sini untuk menilai mereka.

“Saya tidak bimbang mengenainy­a, dia cukup kuat. Dia antara yang terbaik. Tahun ini, dia dinamakan sebagai seorang daripada lima penjaga gol terbaik dunia. “Orang tidak dapat bayangkan bagaimana seorang penjaga gol bekerja. Tapi saya tahu bagaimana media bekerja. Saya bangga dan gembira dia di sini bersama kami.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia