Harian Metro

‘Gol Selangor tidak sah!’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

„ Bekas pengadil dakwa gol penyamaan Mineiro langgar Undang-Undang 14 FIFA

“Gol penyamaan pemain Selangor itu tak sah.” Demikian pandangan bekas pengadil Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) apabila mengakui jaringan Julian Mineiro jelas melanggar Undang-Undang 14 FIFA berkaitan sepakan penalti.

Tidak mahu namanya didedahkan, beliau mempertika­ikan keputusan pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajuddin yang membenarka­n jaringan berkenaan apabila menyifatka­n kesilapan berkenaan membabitka­n soal teknikal berbanding pendapat.

Jelasnya, aspek teknikal adalah asas dalam pengadilan yang tidak sepatutnya berlaku berbanding aspek pendapat ketika mengadili sesuatu perlawanan.

“Aspek teknikal berkaitan perkara asas dalam pengadilan manakala pendapat pula lebih kepada situasi layangan kad seperti perlanggar­an antara pemain atau kekasaran dilakukan.

“Kesilapan teknikal pula menjurus kepada perkara paling asas contohnya membenarka­n pasukan bermain dengan 12 pemain. Begitu juga dengan situasi sepakan penalti yang dibuat pemain Selangor (Mineiro) itu jelas tidak sepatutnya berlaku.

“Pemain Selangor secara jelas dan terang-terangan menceroboh hampir dua atau tiga meter di dalam kotak penalti sebelum sepakan disempurna­kan.

“Sepatutnya, dalam kes itu, pengadil perlu membatalka­n jaringan gol dan sepakan percuma perlu diberikan kepada pasukan Kedah, di tempat pemain Selangor itu bergerak masuk menceroboh,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Pengadil sepatutnya lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dari awal sebaik saja sepakan penalti diberikan dengan mengingatk­an penjaga gol dan pemain di luar dari kawasan penalti agar mematuhi peraturan permainan.

“Mungkin pengadil hilang tumpuan pada hujung permainan sehingga menyebabka­n beliau terlepas beberapa perkara penting seperti itu. Apatah lagi terdapat tidak kurang daripada 21 perkara berkaitan prosedur yang perlu dipatuhi.”

Katanya, berdasarka­n peraturan sedia ada Zohri boleh berdepan hukuman berat atas kesilapann­ya itu.

“Antara bentuk hukuman, termasuk digantung tugas selama beberapa minggu atau lesennya boleh dibatalkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia