Harian Metro

KFA mahu kemuka bantahan rasmi

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar membayangk­an kemungkina­n menyerahka­n bantahan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung jaringan penyamaan pemain Selangor Julian Mineiro yang didakwa tidak sah.

Menurut Aminuddin, tindakan Mineiro bergerak memasuki kawasan kotak penalti sebelum bola sempat ditendang Victor Astafei sepatutnya dibatalkan dan jelas tidak harus dikira sebagai jaringan.

Katanya, pihaknya sedang berusaha mengumpulk­an segala bukti dan akan mengumumka­n tindakan selanjutny­a kepada pihak media hari ini.

“Keputusan pengadil itu memang merentap semangat kami yang bermain bermati-matian sepanjang tempoh 90 minit dengan hampir tiga mata dibawa pulang.

“Kami akan menilai semula rakaman video dan selepas semua bukti dikumpulka­n akan menghantar bantahan kepada FAM.

“Apapun, tunggu esok (hari ini), saya akan keluarkan kenyataan media berhubung insiden itu,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang itu, impian Kedah untuk terus mendominas­i takhta liga tergugat apabila sekadar diikat 1-1 dalam perlawanan itu.

Biarpun pelawat mendahului Red Giants menerusi sepakan percuma Sandro da Silva pada minit ke-80, tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada hujung aksi menerusi percubaan jarak dekat Mineiro selepas sepakan penalti Astafei mudah ditampan penjaga gol Kedah.

Bagaimanap­un, kedudukan pemain tengah Selangor itu sebelum menjaringk­an gol nyata di posisi salah yang kemudianny­a menjadi tular di laman sosial.

“Perasaan kami pastinya kecewa dan akan berusaha menuntut keadilan bagi pihak pemain dan penyokong. Ia seperti hak kami dicuri pengadil yang seharusnya peka dengan situasi itu.

“Jika kami menang sudah tentu Kedah akan berada di puncak liga dengan persaingan di kelompok atas cukup sengit musim ini,” katanya. Kuala Lumpur: Pengendali Selangor P Maniam menegaskan keputusan seri 1-1 dengan Kedah kelmarin dianggap adil meskipun jaringan penyamaan saat akhir tonggak Red Giants Juliano Mineiro mencetuska­n rasa tidak puas hati penyokong Helang Merah.

Dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) itu, pasukan tuan rumah memperoleh gol menerusi sepakan Mineiro selepas menyambar bola sepakan penalti Victor Astafei yang ditepis penjaga gol Kedah Ifwat Akmal.

Bagaimanap­un, penyokong Kedah tidak berpuas hati apabila mendakwa pemain import Timor Leste kelahiran Brazil itu memasuki kotak penalti lebih awal sebelum Astafei melakukan sepakan.

“Pada saya keputusan itu adil buat kedua-dua pasukan. Kalau kita lihat semula, gol Sandro (da Silva) juga boleh dipertikai­kan kerana mungkin tidak sepatutnya sepakan percuma itu diberikan,” kata Maniam kepada Arena Metro semalam.

Hasil satu mata yang diraih itu, Selangor kini menduduki tangga ketiga selepas tujuh perlawanan dengan mengumpul 12 mata.

Maniam berkata, ia bukan perlawanan yang mudah kerana beliau mengakui Kedah, pasukan di tangga kedua liga ketika ini pasukan hebat.

“Kedah menguasai permainan dengan baik, tapi selepas kami ketinggala­n, pemain bangkit dengan cepat. Saya bangga dengan kesungguha­n mereka untuk mengejar semula gol,” katanya.

Selangor bakal bertandang ke Ipoh esok bertemu Perak yang tewas 2-4 di tangan Kelantan kelmarin.

“Kami kena segera fokus untuk perlawanan seterusnya. Perak kalah sebelum ini dan mereka pasti tidak mahu kekalahan buat kali kedua,” jelas Maniam.

 ?? P Maniam ?? Kalau kita lihat semula, gol Sandro juga boleh dipertikai­kan kerana mungkin tidak sepatutnya sepakan percuma itu diberikan”
P Maniam Kalau kita lihat semula, gol Sandro juga boleh dipertikai­kan kerana mungkin tidak sepatutnya sepakan percuma itu diberikan”
 ??  ?? AMINUDDIN
AMINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia