Harian Metro

Cabrera mungkin beraksi Sathia berang aksi longlai Cano

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

„ Mora akui kecederaan penyerang itu tidak serius

Kuala Terengganu: Berang dengan prestasi hambar pemain import dipinjam dari kelab Argentinos Juniors Lucas Cano pengendali FELDA United B Sathianath­an pantas memberikan kata dua kepada pemain berkenaan termasuk digugurkan jika masih gagal meningkatk­an prestasi.

Selain itu, beliau yang mengambil alih tugas daripada bekas ketua jurulatih Azmi

(gambar),

Mohamed yang meletak jawatan selepas tiga perlawanan, turut memberi amaran keras kepada tiga pemain import lain Zah Rahan Krangar dari Liberia, Mootaz Chehade Jounaidi (Lubnan) dan Gaston Cellerino (Argentina) supaya lebih berhati-hati.

“Lucas perlu tunjukkan prestasi lebih mantap berbanding pemain tempatan. Jika mahu kekal bersama kami, dia perlu menunjukka­n

Pengendali Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Benjamin Mora belum memutuskan untuk menurunkan Gonzalo Cabrera

bagi aksi menentang Pahang di Stadium Larkin, malam ini.

Mora berkata, Cabrera mengalami kecederaan ketika menentang Sarawak, Selasa lalu namun keadaannya tidak begitu serius dan jika mendapat kebenaran doktor, pemain itu berkemungk­inan diturunkan.

“Perlawanan itu pasti menarik kerana Pahang pasukan yang baik tapi kami juga memiliki kekuatan tersendiri dan akan beri memberi cabaran untuk memburu kemenangan.

“Saya tidak ada perancanga­n tertentu untuk berdepan Pahang tapi pemain perlu bermain mengikut taktikal biasa. Ia

(gambar)

aksi lebih baik.

“Amaran ini bukan untuk Lucas seorang tapi import lain juga. Kami sedia menggunaka­n tempoh perpindaha­n pemain pada Jun ini untuk mencari pemain baru,” katanya.

Dalam aksi menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin, skuad The Fighters gagal memanfaatk­an peluang dan terpaksa berpuas hati dengan penting bagi memastikan kelancaran gerakan dan mengelak daripada membuat kesilapan.

“Dalam tempoh singkat selepas pulang dari Kuching, Sarawak, kami meneruskan latihan tumpuan lebih kepada pemulihan pemain dan memperbaik­i kelemahan,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan dialami Azammuddin Akil hingga terpaksa diketepika­n beberapa perlawanan, pengendali dari Mexico itu menegaskan penyerang berkenaan sudah pulih dan hanya perlu meningkatk­an tahap kecergasan­nya.

Beliau juga percaya Tok Gajah pasti akan turun habis-habisan untuk menewaskan Johor DT tapi optimis kesebelasa­n pemain Harimau Selatan sudah bersedia memberi saingan.

“Pemain sudah memahami corak permainan diterapkan dan apa yang perlu mereka lakukan ialah terus berusaha,” katanya. satu mata selepas seri tanpa jaringan biarpun tuan rumah turun tanpa khidmat pertahanan import dari Mali Abdoulaye Maiga.

Cano yang diharap mampu menyengat dan meledak jaringan, gagal mempamer peningkata­n malah pergerakan­nya mudah dipatahkan benteng The Titans yang diketuai kapten Mohd Hasbullah Awang dan faktor itulah yang membuatkan Sathianath­an naik angin.

“Saya kurang berpuas hati malam ini (malam kelmarin). Jika gunakan cara yang betul mungkin kami boleh tewaskan T-Team tapi pemain asyik masuk perangkap lawan dan sering hilang bola.

“Namun, satu saja perkara positif yang saya nampak iaitu semangat juang pemain. Ia wajar dipuji tapi masih banyak yang perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya termasuk Piala AFC,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia