Harian Metro

‘Ia datang secara spontan’

- DARI MUKA 1

Che Ta jelaskan dia tidak ajar suami dan anak untuk jayakan program The House 3

“Dalam program ini saya tak ada masa nak berlakon. Saya lebih selesa menjadi diri sendiri walaupun kamera sentiasa mengikut. Lagipun, perkara sebegitu yang ingin ditonton.

“Apa yang dipaparkan itu adalah diri saya sebenar. Begitu juga dengan suami dan anak. Saya tak mengajar mereka sebaliknya ia datang secara spontan. Sepanjang penggambar­an program itu kami hanya diberi garis panduan dan penerangan mengenai sesuatu aktiviti. Selebihnya mereka hanya merakam gelagat kami,” katanya.

Menurut Che Ta, walaupun ia program realiti pertama membabitka­n mereka sekeluarga, tetapi sambutan diterima amat menggalakk­an.

Menurutnya, episod pertama dan kedua program itu mencatat rating mencecah 10 juta penonton.

“Alhamdulil­lah jumlah penonton di luar jangkaan saya. Rating untuk episod pertama saja sudah mengalahka­n rating keseluruha­n program realiti sama sebelumnya,” katanya.

Che Ta berkata, dia difahamkan program itu tidak akan disambung.

“Saya seronok menjayakan program ini. Bukan apa, banyak aktiviti yang disediakan tak pernah dilakukan anak. Sedikit sebanyak ia meninggalk­an kenangan buat mereka.

Disebabkan itu, Che Ta yang juga pengacara program Air Tangan Bonda tidak keberatan terbabit dalam mana-mana program realiti lain.

Rakam sendiri program Little Princess Aaisyah

Selepas berakhirny­a program itu kelmarin, penonton sekali lagi bakal disajikan dengan program realiti membabitka­n puterinya, Aaisyah dalam rancangan Little Princess Aaisyah.

Program lapan episod ini bakal ditayangka­n bulan depan memaparkan kehidupan dan rutin harian Aaisyah.

“Program ini berbeza daripada The House 3. Memandangk­an ia diterbitka­n khas utuk Aaisyah, jadi fokus lebih kepada dia. Cuma sepanjang penggambar­an kru berdepan kesukaran apabila Aaisyah lebih banyak diam.

“Bukan apa, Aaisyah akan diam jika tidak mengenali orang itu. Apabila terlalu banyak kamera dia jadi malu. Sedangkan kalau ikutkan Aaisyah anak yang banyak cakap. Ada saja perkara yang diborakkan.

“Disebabkan itu saya mencadangk­an kepada kru agar menggunaka­n kamera kecil dan disorokkan di bahagian tertentu tetapi ia tak mudah. Jadi langkah terbaik adalah mereka meminta bantuan saya untuk merakam sendiri telatah Aaisyah. Video itu nanti digabungka­n bersama rakaman mereka,” katanya.

Rancang tunai haji

tahun ini

Selepas beberapa kali mengerjaka­n ibadah umrah, tahun ini Che Ta merancang menunaikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia