Harian Metro

ZIANA LEBIH WASPADA

- Amniera Naziera Amran am@hmetro.com.my

Berhati-hati terima tawaran persembaha­n

selepas gagal dapat bayaran penuh

penganjur konsert tahun

lalu

Penyanyi popular Ziana Zain akan lebih berhati-hati untuk menerima tawaran persembaha­n selepas gagal menerima bayaran penuh daripada penganjur Konsert High Note di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada November tahun lalu.

Ziana berkata, selepas beberapa bulan menjayakan konsert itu bersama Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter pihaknya belum menerima baki bayaran daripada penganjur.

Menurut Ziana, dia sudah menyerahka­n perkara itu kepada pengurusny­a, Alin untuk menyelesai­kannya mengikut saluran undangunda­ng.

“Sehingga hari ini, pihak terbabit masih menyepi tanpa pembayaran. Jadi, selepas ini saya lebih berhatihat­i dalam menerima tawaran,” katanya pada pelancaran koleksi Gee Shawl by Ziana Zain’s World di ‘The Hijab World di pusat belibelah, Imago, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini berkata, dia tidak menyangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat di Sabah walaupun sudah lebih dua tahun tidak berkunjung ke negeri itu.

Ziana yang juga popular sebagai pelakon menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana berkata, dia terharu apabila ada antara peminat yang datang dari Brunei.

Dia juga tidak dapat menyembuny­ikan perasaan teruja apabila kebanyakan peminat di negeri ini masih setia mengikuti perkembang­annya dalam industri tanah air walaupun dengan kebanjiran ramai artis baru pada masa kini.

“Saya berharap sangat jika ada penaja di negeri ini yang boleh menjemput saya membuat konsert di sini. Ada juga yang membuat tawaran tetapi ia masih dalam pertimbang­an,” katanya.

Dalam kesibukann­ya, Ziana berkata, dia sempat menerima tawaran untuk berlakon pada telefilem untuk Astro Oasis pada Oktober tahun lalu selepas hampir lapan tahun tidak berlakon.

Bagaimanap­un, katanya, urusan keluarga tetap menjadi keutamaan berbanding perkara lain.

Sehingga hari ini, pihak terbabit

masih menyepi tanpa pembayaran. Jadi, selepas ini saya lebih berhati- hati dalam menerima tawaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia