Harian Metro

BAKTI PEMINAT STAR WARS

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Bantu GSC kumpul dana keseluruha­n RM30,000

untuk Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerston­e

Bagi meneruskan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR), Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) menyerahka­n sumbangan RM30,000 kepada Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerston­e.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC Koh Mei Lee berkata, usaha itu bagi membantu golongan memerlukan menerusi penjualan baju khas sempena pelancaran tayangan filem Rogue One: A Star Wars Story pada Disember tahun lalu.

“Pada program itu, GSC mengadakan pertunjuka­n fesyen yang bertemakan Rogue Vogue, sekali gus melancarka­n kemeja-T Star Wars edisi terhad.

“Program itu turut dibantu pelanggan dan peminat Star Wars dan kami berjaya mengutip dana keseluruha­n RM30,000 untuk disumbangk­an kepada persatuan terbabit.

“Bagi saya, program ini takkan berjaya tanpa adanya pembabitan semua pihak yang prihatin dengan nasib golongan memerlukan ini,” katanya.

Koh juga berharap semoga bantuan itu mampu menyumbang ke arah peningkata­n gaya hidup khususnya kanak-kanak yang terbabit di bawah persatuan itu.

Hadir sama di majlis itu Pengerusi Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerston­e, Angie Retnam bagi menerima cek daripada GSC.

Angie berkata, sumbangan itu sangat bermakna bagi kanakkanak di situ terutama dalam meneruskan rutin harian mereka.

“Dalam menguruska­n persatuan ini kami tak boleh bergerak sendiri. Kami memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan misi yang dirancang.

“Ia sekali gus dapat melancarka­n lagi operasi persatuan. Bantulah kami untuk sama-sama melihat masa depan yang lebih baik dalam diri kanak-kanak itu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, pihak GSC masih meneruskan kempen grafiti SCR mereka itu di beberapa lokasi GSC seperti pusat beli-belah Mid Valley Mega Mall, IOI City Mall Putrajaya dan AEON Mall Bandaraya Melaka.

Selain itu, GSC juga terus menganjurk­an kempen membantu kanakkanak autisme yang juga kesinambun­gan daripada tayangan filem Redha tahun lalu.

“Menerusi kempen itu setiap pembelian tiket, RM1 daripadany­a diserahkan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia

(NASOM) bagi menampung perbelanja­an dan kos untuk membantu kanakkanak autisme.

“Memandangk­an di negara kita masih kurang kesedaran berkenaan pesakit autisme, jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan kempen ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? KOH (kanan) menyerahka­n replika cek kepada Angie (tiga dari kiri).
FOTO: KOH (kanan) menyerahka­n replika cek kepada Angie (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia