Harian Metro

SINGLE PERTAMA BAKAL DOKTOR

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Sha teruja

nantikan kemunculan Haruman Cinta

Widad

Walaupun bakal bergelar doktor, namun bakat baru dalam arena seni suara, Sha Altaher, 24, terus mengejar impiannya untuk menjadi penyanyi terkenal.

Sejak kecil, dia yang kini berkhidmat sebagai doktor pelatih psikiatri di sebuah hospital kerajaan amat meminati bidang nyanyian.

Pemilik nama sebenar Sharifah Khadijah Syed Mustafa ini berharap impiannya itu akan tercapai.

Sha berkata, baru sekarang dia ada keyakinan mencuba selepas sekian lama memendam impian.

Dikenali sebagai

Dr Sha, gadis manis yang mudah mesra dan berfikiran matang ini sangat teruja menantikan kemunculan single pertamanya berjudul Haruman Cinta Widad.

“Saya sangat berharap lagu Haruman Cinta Widad hasil ciptaan komposer baru, Nazif dan lirik oleh Kimie diterima baik peminat muzik tempatan. Apa yang pasti, saya merakamkan lagu itu kerana sukakan melodi dan liriknya yang sesuai dengan vokal saya,” katanya.

Sha yang juga aktif sebagai model memaklumka­n single itu sangat istimewa baginya.

“Kali pertama mendengar melodinya, ia terus menusuk ke jiwa dan apabila dirakamkan, tambah menikam kalbu. Saya amat menyukainy­a. Lagu genre pop balada itu baru siap dirakam dan akan dilancarka­n tidak lama lagi,” katanya.

Sebagai penyanyi baru, Sha berkata, vokal dimilikiny­a belum cukup bagus dan bercadang mengikuti kelas vokal di bawah bimbingan penyanyi Syafinaz Selamat. Dia juga bersedia menghadapi persaingan kerana percaya setiap penyanyi ada kelebihan masing-masing.

“Saya yakin dengan bakat dimiliki dan atas sebab itu memberanik­an diri untuk mencuba. Semoga kerjasama baik dapat dijalinkan terutama daripada stesen radio untuk memberi ruang dan peluang kepada lagu baru seperti Haruman Cinta Widad.

“Memang bukan mudah lagu baru menjadi pilihan pendengar tetapi soal rezeki siapa yang tahu?,” katanya.

Mengakui kini tumpuannya pada nyanyian, Sha sentiasa bersikap terbuka untuk mencuba bidang seni lain seperti lakonan tetapi dia enggan tergesa-gesa untuk berlakon.

“Saya sudah berfikir ‘masak-masak’ sebelum mengambil keputusan menjadi penyanyi kerana apabila memilih seni sebagai kerjaya, saya pasti sangat sibuk dan urusan peribadi menjadi perhatian.

“Dalam perkara ini, saya akan cuba bersikap terbuka dan mungkin berkongsi mana yang perlu saja. Sekiranya timbul juga gosip, saya akan cuba hadapi dengan tenang,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia