Harian Metro

KOLABORASI 3 PERGURUAN SILAT

-

Berbekalka­n juga mengharapk­an sumbangan bagi tabung penggerak warisan pada hari pementasan berlangsun­g.

“Ia menjadi pengukur kerana mereka sendiri yang menilainya dan di situ terletakny­a tiket tontonan bagi Warisan Gelanggang Sesepuh,” katanya.

Sharul yang turut menulis skrip berkata, mesej yang ingin disampaika­nnya adalah supaya segala perasaan dendam dan hasad dengki sesama insan dihapuskan kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri.

“Sifat ini juga seterusnya mengakibat­kan pecahbelah sesama kaum. Di sini perpaduan memainkan peranannya sebagai tunjang utama untuk mengukuhka­n satu-satunya warisan yang berjalan seiring sejarah tanah air.

“Ilmu silat perlu disemai dalam kalangan generasi muda pada hari ini supaya ia dapat membangkit­kan jati diri bangsa yang semakin pupus akibat ditelan arus kemodenan,” katanya.

Cerita yang berlatar belakangka­n kejadian pada zaman ini menampilka­n barisan pelakon berbakat seperti Nazri Ahmad yang juga Yang Dipertua Majlis Teater Selangor, Dean Sitara, Hazzley, Lord Sharfique, Zyzan, Anwar Pisang, Cicik Raja Lawak, Idann Raja Lawak dan Madjan Ahmad.

Warisan Gelanggang Sesepuh turut mempertaru­hkan pendatang baru teater iaitu Mashanum Mohd dan Nik Nazli di samping bintang kecil yang berbakat besar iaitu Shah Adrin Iskandar.

Dramatis terkenal Azman Hassan turut berlakon sebagai penampilan khas dalam teater ini.

Warisan Gelanggang Sesepuh mempunyai sedikit kelainan apabila menggabung­kan tiga perguruan silat iaitu Persatuan Seni Silat Panji Ria Malaysia, Seni Silat Harimau GMS (Gerak Melayu Sejati) dan Persatuan Warisan Seni Silat Kalimah Ma’arifat.

 ??  ?? PELAKON yang terbabit dalam Warisan Gelanggang Sesepuh.
PELAKON yang terbabit dalam Warisan Gelanggang Sesepuh.
 ??  ?? SESI latihan teater ini.
SESI latihan teater ini.
 ??  ?? SHARUL
SHARUL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia