Harian Metro

MEMADAI UKIR SENYUMAN

-

keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan rempah ratus.

“Kami tidak meminta wang daripada penerima. Paling penting senyuman dan ucapan terima kasih dari mereka.

“Barangan ini bukan saja hasil sumbangan sukarelawa­n tetapi turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti Yayasan Darul Ehsan dari Alor Setar dan jawatankua­sa kariah Masjid Annur,” katanya.

Menariknya, program kali ini disertai pelancong dari Amerika Syarikat yang bercuti di Malaysia.

“Smith dari California adalah kenalan kepada anggota sukarelawa­n Kindness. Dia tidak menolak untuk turut sama dalam aktiviti amal ini, malah baginya satu peluang menambahka­n pengalaman ketika berada di sini.

“Dia kelihatan teruja dan gembira ketika beramah mesra dengan penerima sumbangan,” kata Mohd Azrul.

Seawal 8.30 pagi, seramai 113 penerima sumbangan terpilih daripada anak kariah masjid berkenaan membabitka­n warga emas, golongan tidak berkemampu­an dan ibu tunggal mula berkumpul di pekarangan masjid.

penerima sumbangan, Arif Fazilah, 68, melahirkan kesyukuran kerana masih ada pihak yang prihatin dengan nasibnya dan menghulurk­an sumbangan.

Dia yang menjual pisang goreng di Kampung Aman, Pokok Sena bukan saja perlu menyara kehidupan bersama isteri tapi turut menjaga anak mereka berusia 40 tahun yang tidak mampu bergerak akibat diserang angin ahmar sejak dua bulan lalu.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban kami sekeluarga,” kata Arif Fazilah ketika ditemui selepas menerima sumbangan.

Anaknya, Rokhashah Arif yang masih bujang dan hanya mampu bergerak menggunaka­n kerusi roda hadir menerima sumbangan dalam program berkenaan.

Kanak-kanak yang hadir turut gembira apabila menerima pensel warna dan gula-gula percuma daripada sukarelawa­n.

Imam Masjid Annur, Ismail Jaafar turut hadir dalam program yang berakhir 10.30 pagi itu.

 ??  ?? MOHD Azrul (kanan) bersama dua tenaga penggerak program.
MOHD Azrul (kanan) bersama dua tenaga penggerak program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia