Harian Metro

MENU ALAS PERUT

-

pagi hari. Jangan lupa cuba tau!

1. TELUR

Telur pilihan tepat bagi mereka yang malas menyediaka­n hidangan sarapan.

Cuma ambil dua biji telur kemudian rebus dan makan begitu saja.

Bukan saja ringkas malah ia sememangny­a berkhasiat dan salah satu menu wajib bagi mereka yang mengamalka­n diet.

2. JUS BUAH

Meskipun tiada selera makan, anda tetap perlu mengisi perut dan jus buah antara menu paling mudah serta cepat untuk disediakan.

Hanya kisarkan buah-buahan kegemaran anda kemudian minum dan sebaik-baiknya, jangan campurkan dengan gula bagi mengekalka­n rasanya.

Pisang, epal, betik dan mangga antara buahbuahan yang baik untuk sarapan manakala buah yang masam perlu dielakkan.

3. ROTI DAN SUSU

Roti dan susu mungkin sinonim sebagai menu sarapan di Barat lebih-lebih lagi di Amerika Syarikat tetapi tidak salah jika sesekali mencubanya.

Lebih-lebih lagi, susu memang berkhasiat dan boleh mengelakka­n penyakit osteoporos­is jika anda meminumnya segelas setiap hari.

Roti pula boleh dimakan begitu saja, disapu dengan mentega atau dibakar bergantung kepada selera masing-masing.

4. OAT

Ini lagi satu hidangan yang cukup popular dalam kalangan pengamal diet.

Cara hidanganny­a juga ringkas iaitu hanya perlu menambah air panas kemudian gaul dan siap untuk dimakan.

Bagi menambah selera, tambahkan potongan buah-buahan seperti pisang dan strawberry.

5. SANDWIC

Cuba 5 hidangan mudah boleh anda nikmati pada waktu pagi

Nasi lemak mungkin agak berat pada waktu pagi jadi gantikanny­a dengan sandwic.

Inti sandwic itu bergantung kepada selera anda dan kebiasaann­ya telur, sardin, salad dan tomato menjadi pilihan.

Jika rajin, buat dalam kuantiti yang lebih untuk dijadikan bekal ke tempat kerja atau kuliah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia