Harian Metro

Daiyan beri inspirasi wanita muda

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Inisiatif Fair & Lovely tawar biasiswa bagi 40 pelajar perempuan

platform terbaik bantu

kurang bebanan kewangan

mereka

Kejayaan selalunya datang dengan pelbagai cabaran, dugaan dan keputusan sukar namun di sebalik kejayaan seseorang pasti ada insan yang menjadi tulang belakang dalam merealisas­ikan setiap impian.

Bagi artis muda berbakat besar, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, pembabitan­nya dalam bidang seni menuntut banyak pengorbana­n terhadap kehidupann­ya sebagai remaja, anak seni dan pelajar.

Namun, pelantun lagu Kerana Kau dan Jatuh itu cukup bertuah kerana ibunya, Samsiah Mohd

Nor adalah insan yang tidak pernah jemu menjadi penyokong setia serta penasihat jatuh bangunnya dalam industri yang diceburi sejak berusia 16 tahun.

Hubungan erat dan keserasian dua beranak itu jelas kelihatan malah Daiyan, 24, sebenarnya mewarisi bakat seni daripada Samsiah yang juga terbabit dalam bidang penulisan novel dan lakonan teater malah pernah menjadi kartunis sedikit masa lalu.

Sering mendapatka­n nasihat ibunya hampir dalam semua perkara, Daiyan mengakui dalam usahanya meniti kejayaan, ibunya amat tegas mendidikny­a menjadi seorang yang menghargai masa.

Ini kerana katanya, kehidupan seharianny­a jauh berbeza dengan remaja lain yang hanya menumpukan satu perkara dalam satu masa seperti pelajaran sedangkan dia perlu membahagik­an masa antara karier seni, perniagaan dan pelajaran.

“Menceburi bidang seni adalah impian saya sejak kecil tapi saya perlu seimbangka­n antara pelajaran yang juga menjadi cita-cita. Pilihan ini menjadikan kehidupan saya lebih sibuk berbanding remaja seusia tapi dari segi pengalaman, ia memberi kelebihan buat saya.

“Justeru, sebagai duta Fair & Lovely, ia satu penghormat­an bagi saya dan memberi inspirasi kepada wanita muda untuk mencapai impian mereka seperti saya mengejar impian,” katanya.

Menurut Daiyan, ramai rakannya yang sama-sama berjuang memiliki diploma dulu tidak meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi dan ia mungkin disebabkan kekangan kewangan.

Oleh itu katanya, inisiatif Fair & Lovely menawarkan biasiswa untuk 40 pelajar perempuan melanjutka­n pengajian adalah platform terbaik yang dapat membantu mereka yang kurang berkemampu­an untuk meneruskan impian masing-masing.

“Inisiatif ini benar-benar mengujakan, kerana saya percaya pelajaran dapat mengubah kehidupan wanita. Sebab itu saya berbangga kerana dipilih menjadi duta jenama ini untuk kali kedua dan ingin terus menyampaik­an mesej kepada wanita muda supaya tidak berhenti mengejar cita-cita.

“Jenama ini juga bertepatan dengan diri saya yang menyokong pendidikan, keyakinan diri dan kecantikan,” katanya.

Bagi Daiyan, sikapnya yang sentiasa positif menjadikan perjalanan kariernya lebih mudah meskipun mengakui kehidupan seharianny­a tidak lari daripada berdepan cabaran selain prinsip hidup yang ditekankan­nya iaitu sentiasa menganggap cabaran adalah sebahagian perjalanan kehidupan.

Tambahan pula katanya, selain menjaga penampilan diri, ibunya tidak putus memberi galakan agar sentiasa menerapkan nilai yang baik dari dalam hati lebih-lebih lagi dirinya kini menjadi ‘role model’ kepada masyarakat.

Berkongsi pengalaman membesarka­n Daiyan, Samsiahmen­gakuianak keduanya itu seorang yang berdikari malah sejak kecil sudah menunjukka­n minat dan kesungguha­n terhadap apa yang ingin dicapainya.

Katanya, meskipun

 ??  ?? SAMSIAH menjadi tulang belakang Daiyan
menggapai impian.
SAMSIAH menjadi tulang belakang Daiyan menggapai impian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia