Harian Metro

SELIT VIDEO DALAM PENULISAN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Minat membaca dan menulis sehingga mampu menulis novel ketika berusia 14 tahun antara pencapaian paling membanggak­an buat anak kelahiran Melaka ini.

Anak kedua daripada lima beradik itu juga mengakui, menulis memberi kepuasan sebenar kerana ia bukan saja membantuny­a dalam bidang penulisan, malah memberikan kegembiraa­n yang tidak dapat digambarka­n.

Bagi Muhammad Hasif Mohd Jelani, 22, selepas bergelar novelis, dia memilih untuk menjadikan medan blog sebagai tempat berkongsi segala luahan perasaan.

“Saya mula menulis blog sejak 2009. Pada mulanya hanya fokus kepada perkongsia­n dan aktiviti penulisan, namun sejak tahun lalu saya mula berkongsi pelbagai cabang maklumat termasuk pelanconga­n, makanan serta gaya hidup.

“Saya sentiasa pastikan setiap penulisan saya padat dengan informasi tetapi tetap santai dan diselitkan gambar berkualiti,” katanya yang menyediaka­n blog di http://planethasi­fhamsyari. blogspot.com.

Anak muda yang juga penuntut jurusan kewartawan­an di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini juga menyelitka­n rakaman video menarik khususnya pada ulasan tempat pelanconga­n, hotel, kafe dan restoran bagi memberikan penjelasan lebih jelas.

“Saya gembira setiap kali bercerita di blog kerana dapat memberi penerangan dengan jelas kepada pembaca khususnya yang memerlukan maklumat mengenai sesuatu lokasi yang ingin dituju.

“Saya menggunaka­n konsep blog yang minimalis namun maksimum dari segi isi kandungann­ya bagi memastikan ia dapat digunakan individu yang memerlukan maklumat,” katanya.

Menurutnya, selain menjadi antara sumber pendapatan melalui penulisan blog, bidang itu juga memberi kepuasan kepada dirinya yang sentiasa aktif menulis.

“Saya banyak mendapat pendedahan awal melalui penulisan blog yang menemukan saya dengan ramai individu termasuk menambah kenalan terdiri daripada kumpulan penulis blog.

“Selain aktif menulis blog, saya juga memberi ceramah di sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara untuk berkongsi pengalaman sebagai novelis muda,

Tokoh Nilam dan bengkel penulisan,” katanya.

Tambahnya, dia amat berharap perkongsia­n di blognya itu dapat menarik ramai pembaca untuk mencuba pelbagai perkara baru terutama melancong dan berkunjung ke tempat makan menarik.

“Selain dapat mengetenga­hkan bakat dalam bidang penulisan dan mengumpul lebih ramai pengunjung di laman blog, saya juga mengharapk­an bidang ini dapat membantu individu yang memerlukan maklumat.

“Saya juga tidak bercadang untuk berhenti menulis di blog dan akan berusaha memperkema­skan hasil penulisan supaya ia lebih memudahkan pembaca,” ujarnya.

 ??  ?? MUHAMMAD Hasif minat menulis sejak kecil.
MUHAMMAD Hasif minat menulis sejak kecil.
 ??  ?? SERING menerima undangan menyampaik­an taklimat berkaitan pencapaian­nya bergelar novelis muda.
SERING menerima undangan menyampaik­an taklimat berkaitan pencapaian­nya bergelar novelis muda.
 ??  ?? ALAM semula jadi antara lokasi digemariny­a.
ALAM semula jadi antara lokasi digemariny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia