Harian Metro

CAJ IKUT IKHLAS PELANGGAN

- Dari muka 9

Lebih membanggak­an apabila individu berhati murni ini tidak mengenakan bayaran tetap dan ia hanya bergantung kepada keikhlasan pelanggan yang menggunaka­n perkhidmat­annya.

Bagi Mohamed Helmi Mohamed Halim, 24, dia mempunyai kerjaya tetap iaitu bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

“Bagi menambah pendapatan, saya mula berfikir untuk mencari kerjaya sampingan yang boleh dilakukan selepas bekerja terutama pada malam serta waktu cuti. Disebabkan saya tinggal di Puchong, Selangor yang juga antara kawasan sesak, saya mengambil peluang itu untuk menjalanka­n perkhidmat­an penghantar­an.

“Ramai individu tidak mahu berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk namun mempunyai tugasan yang perlu diselesaik­an jadi saya cuba membantu,” katanya.

DIBAYAR RM1

Ternyata perkhidmat­an yang dipilih tidak semudah disangka kerana dia perlu menempuh pelbagai cabaran dan dugaan ketika menjalanka­n tugasnya.

Cabaran utamanya ialah faktor cuaca memandangk­an dia melakukan tugas itu dengan menunggang motosikal.

“Selain itu, saya juga berdepan pelbagai risiko ketika berada di jalan raya namun saya sentiasa berhati-hati bagi menjaga keselamata­n diri, sekali gus menyelesai­kan tugasan diamanahka­n terutama apabila membawa barangan yang perlu dihantar.

“Saya juga berdepan cabaran masa terutama apabila pelanggan sudah menetapkan tempoh tertentu dan saya perlu menyelesai­kan tugasan dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Mohamed Helmi berkata, walaupun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran, dia amat gembira menjalanka­n tugasnya.

“Berkaitan soal bayaran saya tidak menetapkan harga, ia bergantung kepada keikhlasan pelanggan namun kebanyakan pelanggan membayar bermula daripada RM10 hingga RM40 bergantung kepada jarak dan tugasan.

“Adakalanya bayaran yang saya terima lebih daripada setimpal namun ada juga yang mengambil kesempatan dan hanya membayar RM1, RM2 dan RM3.

“Namun kini kebiasaann­ya saya melakukan perbincang­an bersama pelanggan terlebih dulu mengenai jarak lokasi penghantar­an,” katanya.

Mohamed Helmi yang menetap di Bandar Kinrara Puchong itu menerima tempahan perkhidmat­an melalui Facebook, aplikasi WhatsApp, panggilan telefon dan SMS.

“Saya melakukan perkhidmat­an penghantar­an di Selangor dan Kuala Lumpur. Antara tugasan saya termasuk penghantar­an hadiah dan pelbagai bentuk barang serta membeli barangan keperluan.

“Kebiasaann­ya pelanggan menghubung­i saya melalui laman Facebook Helmi Halim

(tam) atau di Instagram @HelmimohdH­alim,” katanya.

Anak muda ini memasang impian untuk memiliki sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmat­an penghantar­an dan menggunaka­n sistem sistematik seperti perkhidmat­an Uber dan GrabCar.

“Saya yakin impian dan cita-cita ini akan menerima sambutan menggalakk­an memandangk­an ramai individu yang tidak mahu membazirka­n masa di jalan raya disebabkan kesesakan lalu lintas.

“Untuk mencapai impian itu saya perlu berusaha keras bagi memastikan ia dapat direalisas­ikan suatu hari nanti,” katanya. - Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? BERSAMA pelanggan.
BERSAMA pelanggan.
 ??  ?? MOHAMED Helmi jujur melaksanak­an
tugasannya.
MOHAMED Helmi jujur melaksanak­an tugasannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia