Harian Metro

BERTOLAK ANSUR TERIMA KEKURANGAN

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my SALING PERCAYA DAN MENGHARGAI BELAJAR MEMAAFKAN TERIMA KEKURANGAN USAH TERLALU MENGONGKON­G MAKIN LAMA MAKIN MESRA KEJUTAN MENGGEMBIR­AKAN BERBULAN MADU

Hubungan rumah tangga yang teguh, aman dan kekal mesra menjadi dambaan setia suami isteri sama ada bagi pasangan yang baru melayari alam perkahwina­n, mahupun yang sudah menjangkau usia lebih 10 tahun hidup bersama.

Untuk memperoleh hubungan rumah tangga yang bahagia bergantung sepenuhnya kepada cara pasangan mengekalka­n suasana harmoni dalam hubungan mereka, tanpa mengira usia perkahwina­n.

Hal kecil yang dianggap remeh adakalanya boleh meretakkan hubungan sekiranya dibiarkan berlarutan. Apa yang penting, setiap pasangan perlu mengetepik­an sikap terlalu emosi dan pentingkan diri sendiri selain memiliki sikap tolak ansur yang tinggi serta boleh menerima kekurangan dan kelebihan pasangan.

Saling percaya mempercaya­i menjadi kunci utama dalam hubungan suami isteri. Usah percaya bulatbulat atau mudah melenting sekiranya mendengar pasangan anda berdamping­an dengan individu lain di tempat kerja.

Jika masih meragui, tanya sendiri kepada pasangan, usah cemburu buta tanpa bukti yang nyata. Sekiranya dia berkata benar, belajar untuk mempercaya­i katakatany­a. Namun, jangan terus percaya tanpa usul periksa dan perhatikan gerak-gerinya.

Sekiranya suami anda kelihatan berubah seolaholah kemaruk cinta seperti sentiasa kelihatan berseriser­i, suka berbohong dan menelefon secara bersembuny­i, mungkin ada sesuatu, tetapi jika tidak, anda tidak perlu risau mengenainy­a.

Suami dan isteri perlu selalu saling menghargai, memberi keyakinan dan galakan kepada pasangan. Usah jadikan segala perbezaan antara anda berdua penyebab kepada masalah rumah tangga. Apa yang penting, selalu memaafkan setiap kesalahan pasangan.

Saling belajar untuk memaafkan pasangan dan berjanji untuk tidak mengulangi­nya penting dalam mengekalka­n hubungan. Usah simpan dendam.

Sekiranya ada perkara yang berlaku, jangan sesekali mengungkit kesalahan lalu yang menyakitka­n hati. Ini kerana manusia itu tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesalahan. Kemampuan untuk saling berkongsi perkara dengan pasangan anda sama ada suka dan duka mampu menambah kerukunan rumah tangga.

Jangan biarkan pasangan anda menghadapi kehidupann­ya yang bermasalah seorang diri tanpa anda mengetahui­nya sedikit pun. Di sini peranan anda sebagai suami atau isteri untuk memberi semangat, menjadi penyelamat dan sentiasa ada bersamanya pada saat suka dan duka.

Anda perlu belajar menerima kekurangan pasangan kerana dia juga perlu melakukan perkara sama. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda memperoleh pendapatan yang tinggi daripada anda, seharusnya perkara ini tidak membataska­n hubungan. Malah, tidak sepatutnya juga memandang rendah antara satu sama lain kerana semua orang ada kelebihan dan kekurangan masingmasi­ng.

Usah terlalu cerewet dan jangan mengatur hidup pasangan anda sehinggaka­n dia rasa terkongkon­g. Cuba bersikap terbuka dengan pandangan anda dan jika ada perkara yang perlu diberitahu, usah dipendam. Luahkan sekiranya anda tidak menggemari sikapnya.

Cuba berfikiran positif mengenai apa yang dilakukan pasangan dan jangan asyik mengesyaki­nya dengan fikiran yang bukan-bukan atau ada rasa tidak jujur terhadap pasangan.

Buat kejutan yang menggembir­akan pasangan pada ulang tahun perkahwina­n atau kelahirann­ya. Hadiah tidak perlu mahal manakala tulisan kata-kata cinta sudah memadai. Janji penting untuk ditepati, justeru cuba belajar menepati janji dengan pasangan anda seperti balik awal atau membelikan hadiah. Jangan pula mencipta pelbagai alasan sekiranya tidak dapat mengotakan janji.

Pergi berbulan madu berdua saja ke tempat paling romantis untuk menjalin kembali ikatan cinta anda. Selepas pulang daripada berbulan madu semoga hubungan anda semakin intim dan mesra.

 ??  ?? PASANGAN perlu memainkan peranan masing-masing.
PASANGAN perlu memainkan peranan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia