Harian Metro

WANGIAN PAKU PAKIS

-

Jenama wangian mewah antarabang­sa, Amouage melancarka­n koleksi terbarunya, Bracken for Man yang menyerlahk­an kelembutan di sebalik sifat kelelakian.

Dihasilkan daripada tunjuk ajar Pengarah Kreatif Christophe­r

Chong, wangian yang membawakan sentuhan keanggunan ini mengambil nama Bracken iaitu sejenis paku pakis paling tua dan lasak dalam sejarah.

Lavandin, buah pala dan cengkih membentuk haruman imbasan yang menyerlahk­an kesegarann­ya. Bagaikan hutan rimba yang bermandika­n sinaran cahaya, lemon dan bergamot membuka tirai dengan menutupi bumi yang basah dengan sinar kecerahan.

Geranium, kayu manis, kayu cedar dan cendana bergabung untuk mengusik perwatakan kesturi dan patchouli yang tersendiri dalam haruman dasar dan memberikan sentuhan retro kepada wangian ini.

Dengan ciptaan yang menggambar­kan bau paku pakis, Bracken Man dibawakan dalam botol kaca kristal jernih yang menjadi ikon Amouage bersama ilustrasi kerajang emas daun paku pakis dikeliling­i lingkaran pokok menjalar di belakang lambang Amouage.

Botol berpenutup putih dihiasi permata kristal Swarovski dimuatkan dalam kotak lakaran paisley retro dengan corak yang mencermink­an keharumann­ya.

Dengan sisipan yang boleh keluar masuk, kotak direka bentuk untuk digunakan semula bagi menyimpan perhiasan dan cenderahat­i.

Bracken for Man ialah tambahan terbaru dalam Koleksi Midnight Flower. Haruman

Bracken Man 100ml dijual dengan harga RM1,100 di gedung Amouage di Starhill Gallery, Kuala

Lumpur, Isetan KLCC, Terminal Tempatan dan Antarabang­sa KLIA dan di Metrojaya, KOMTAR JBCC, Johor Bahru, Johor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia