Harian Metro

SELAMI KEDAIFAN di kemboja

- Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi rencana@hmetro.com.my

Bertujuan menyelami kedaifan hidup masyarakat di Kemboja, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bukit Damansara menganjurk­an Program Kebajikan Bersama Masyarakat Islam Kemboja, baru-baru ini.

Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Damansara, Datuk Abdul Hanif Harun berkata, program itu membantu masyarakat minoriti Islam berbangsa Khmer dan Cham yang daif yang jauh ketinggala­n dalam akademik serta pendidikan Islam.

Ia juga rentetan daripada program lalu apabila PERKIM cawangan itu membantu mereka menyediaka­n prasarana seperti membina telaga, tandas, membina masjid, sekolah agama dan membantu fakir miskin serta melaksanak­an program korban dan akikah daripada hasil sumbangan dermawan.

“Segalanya bermula pada 2006, apabila Imam Besar Masjid Bandar Baru Sungai Buluh Ustaz Idris Yusof berasal dari Kemboja mempelawa saya ke program ibadat korban di negara itu.

“Atas nama kebajikan, saya, isteri, Datin Puteh Kalsom dan ahli PERKIM cawangan turut menyertai program itu,” katanya.

Beliau berkata, ramai dermawan menghulurk­an sumbangan bagi pembinaan sekolah dan menyiapkan masjid yang terbengkal­ai di Kampung Sre Veal, Wilayah Kampung Cham, Kemboja selepas melihat persembaha­n ‘Kedaifan Muslim Kemboja’ menerusi tayangan multimedia di dalam ‘Program Hi-Tea PERKIM’ cawangan itu.

“Saya bersama beberapa dermawan berulang alik dari Malaysia ke Kemboja sebagai susulan pembinaan masjid, sekolah, telaga dan tandas hingga ia siap sepenuhnya selain memberikan sumbangan kepada golongan daif, fakir, miskin, mualaf, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Madrasah Umar alKhattab, Kampung Sre Veal itu siap pada November 2007 dan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othsman Hassan pada 22 Disember 2007 dihadiri Mufti Kerajaan Kemboja, gabenor dan penduduk kampung.

Perkim cawangan juga mendapat bantuan dan kerjasama Setiausaha Sulit kepada Othsman, Asyary Aiyob yang mengikuti sepanjang program dilaksanak­an sejak 2007.

Menurut Bendahari PERKIM Cawangan Bukit Damansara, Hamidah Ismail, kekerapan melaksanak­an ibadat korban untuk diagihkan kepada golongan fakir, miskin, mualaf dan fisabilill­ah pada setiap tahun bermula 2007 membuka peluang kepada masyarakat menyertai sumbangan lain seperti sedekah, zakat dan pakaian.

PERKIM turut membina Masjid Al Basir di Kampung Tralach, Wilayah Kampung Chnang yang siap dibina pada April 2010 sementara pada Mac 2012 Masjid Al Azim dibina di Kampung Prek Tapeo, Wilayah Kandal.

Antara masjid lain yang dibina adalah Masjid Kampung Prek Sanday di Wilayah Kratie, Masjid Al Ridhuan dan Masjid Toul Srolav di Wilayah Kampung Thom, Masjid An Nikmah di Kampung Juro 1, Wilayah Kampung Cham dan Masjid Darussalam di Kampung Rumsey Keo, Phnom Penh.

Malah, PERKIM turut membaik pulih Phnom Penh-Dubai Islamic School dan membuka semula kelas pengajian yang terbengkal­ai sekian lama di Chrang Chamres, Phnom Penh pada Mei 2009.

Bagi mendapatka­n bekalan harian untuk mandi, wuduk, membasuh dan air minum, PERKIM membantu mendapatka­n dana untuk menggali 96 perigi di perkampung­an penduduk Islam yang miskin di seluruh Kemboja.

Seterusnya, rombongan ziarah melalui jarak sejauh 300 kilometer dari Phnom Penh tiba di Sekolah Agama Kampung Sre Veal, Kampung Cham bagi menziarahi dan beramah mesra bersama penduduk kampung serta mengagihka­n pakaian seragam kepada 70 pelajar sekolah.

“PERKIM turut mengadakan program korban pada 12 hingga 13 September lalu dengan menyembeli­h 64 lembu dan empat kambing di beberapa lokasi.

“Rombongan itu kemudian menziarahi warga tua dengan mengagihka­n barangan berbentuk makanan dan menyampaik­an pembahagia­n buku, alat tulis serta makanan ringan kepada pelajar Sekolah Islamiah di Kampung Eakrangs, Chrouy Changva di Phnom Penh,” katanya.

Selepas itu, PERKIM meneruskan aktiviti ke Kampung Ramsey Keo, dekat Phnom Penh, bagi pembahagia­n barangan makanan kepada 50 fakir miskin dan ibu tunggal.

 ??  ?? ABDUL Hanif (berbeg galas) bertemu ahli jawatankua­sa Masjid Kampung Trolach Chnnang, Kampung Cham bagi membincang­kan kerosakan masjid yang dibina pada tahun 2008.
ABDUL Hanif (berbeg galas) bertemu ahli jawatankua­sa Masjid Kampung Trolach Chnnang, Kampung Cham bagi membincang­kan kerosakan masjid yang dibina pada tahun 2008.
 ??  ?? SERAMAI 50 fakir miskin dan ibu tunggal menerima sumbangan barangan makanan di Kampung Ramsey Keo, Phnom Penh.
SERAMAI 50 fakir miskin dan ibu tunggal menerima sumbangan barangan makanan di Kampung Ramsey Keo, Phnom Penh.
 ??  ?? PUTEH (kiri) memakaikan butang
baju kepada seorang pelajar ketika menyerahka­n pakaian kepada 70 penuntut
Sekolah Agama Kampung Sre Veal.
PUTEH (kiri) memakaikan butang baju kepada seorang pelajar ketika menyerahka­n pakaian kepada 70 penuntut Sekolah Agama Kampung Sre Veal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia