Harian Metro

SEMARAK SUKAN SUNAH NABI

- D J Dolasoh rencana@hmetro.com.my

Kemahiran memanah adalah antara seni dan sukan popular sejak zaman Rasulullah.

Menyedari kepentinga­n ini Persatuan Belia

Kampung Kuak Luar dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Kuak

Luar, Pengkalan Hulu,

Perak menganjurk­an sukan berprestij ini.

Seramai 60 pemanah amatur daripada komuniti setempat di Pengkalan

Hulu mengambil bahagian pada Pertanding­an Sukan Memanah Terbuka (PSMT) yang turut dihadiri ahli keluarga.

Pertanding­an berlangsun­g di padang lama Sekolah Kebangsaan Kuak Luar (SKKL) dan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim yang turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Setiausaha JKKK Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu yang juga penganjur kejohanan,

Abdul Mukti Ab Mutalib, 49, berkata, peserta berusia 20 hingga 50-an yang terbabit kebanyakan­nya mempunyai kemahiran tinggi dalam sukan memanah kerana masing-masing mempunyai asas sejak remaja.

“Kami mahu komuniti di daerah ini bukan saja menghidupk­an sukan memanah ini sebagai satu amalan sunah yang popular pada zaman Rasulullah tapi terus maju dalam sukan ini sehingga peringkat lebih tinggi dengan memiliki kemahiran tinggi.

“Meskipun hadiah yang disediakan kali ini hanya berupa hamper tetapi jumlah penyertaan yang diterima daripada peminat sukan memanah di daerah ini amat memberangs­angkan,” katanya.

Abdul Mukti berkata, pihaknya akan menganjurk­an sukan ini secara tahunan dan mungkin dua kali setahun pada masa depan kerana mendapat sambutan ramai daripada komuniti setempat dan mungkin dibuka penyertaan kepada daerah lain termasuk Grik dan Baling, Kedah.

Peserta, Mohd Idham Suhaili, 25, mengakui pertama kali menyertai pertanding­an itu banyak kelemahan perlu diperbaiki­nya bagi mencapai sasaran terbaik dalam kemahiran memanah itu.

“Saya dan rakan lain seronok menyertai acara sukan memanah ini kerana ia bukan saja mengujakan, malah membantu saya untuk memperoleh kemahiran tinggi dalam mencari sasaran tapi juga mengajar erti bersabar,” katanya.

Pembuat alatan memanah dari Kampung Kuak Luar Pengkalan

Hulu, Zawawi Sulaiman,

48, tidak menafikan sukar untuk membuat peralatan memanah sekiranya tidak berminat dan mempunyai seni kemahiran membuat yang tinggi.

“Fokus yang lebih ketika membuat busur dan anak panah mesti diberi keutamaan kerana jika tidak ia tak berjaya serta sukar untuk meletakkan sasaran apabila melakukan panahan.

“Generasi muda kini bukan saja harus pandai memanah tetapi juga membuat peralatan memanah dan saya yakin jika ada kemahiran ini serta menumpukan kepada kerjaya ini sepenuhnya boleh mendatangk­an hasil lumayan,” katanya.

Sementara itu, Aznel berkata, masyarakat tidak wajar melupakan kemahiran memanah ini kerana ia bukan saja berkait rapat dengan amalan sunah tetapi juga kemahiran tinggi dalam menentukan sesuatu perbuatan.

“Saya sarankan pihak persatuan terutama persatuan belia di negara ini supaya sering menganjurk­an pertanding­an memanah di komuniti masing-masing dan menghidupk­annya dengan menjadikan ia sebagai satu sukan penuh meriah dan berprestij,” katanya.

Pada pertanding­an itu, Mohd Pasharuddi­n Ahmad dinobatkan sebagai johan pesaing terdekatny­a

Mohd Zulqarni Abdullah Akibi di tempat kedua. Abdul Wafi Suhaili di tempat ketiga dan Mohd Jasmi Suhaili keempat.

 ??  ?? PERTANDING­AN Sukan Memanah Terbuka disertai 60 peserta.
PERTANDING­AN Sukan Memanah Terbuka disertai 60 peserta.
 ??  ?? SEORANG peserta menghalaka­n panahnya supaya tepat ke arah sasaran.
SEORANG peserta menghalaka­n panahnya supaya tepat ke arah sasaran.
 ??  ?? MOHD Idham
MOHD Idham
 ??  ?? ABDUL Mukti
ABDUL Mukti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia