Harian Metro

58% pelajar daripada keluarga susah

-

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sentiasa prihatin terhadap nasib penuntut daripada keluarga miskin sehingga ada yang mengikat perut dengan makan sekali sehari bagi menjimatka­n perbelanja­an di kampus.

Perkara itu tidak dipandang sepi pengurusan universiti itu dengan mengambil pelbagai inisiatif termasuk penganjura­n Program ‘From Staff To Student’ (FS2S) oleh kakitangan Fakulti Kejurutera­an Mekanikal (FKM) bagi membantu kelompok pelajar susah.

Berdasarka­n fakta dikongsika­n Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM, Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz sempena pelancaran program itu mendapati sebahagian pelajar universiti berkenaan adalah keluarga berpendapa­tan rendah di bawah B40 dan sebahagian kecil pula kelompok miskin tegar.

“Biar saya cerita sedikit mengenai pelajar kita (UTM), sebenarnya pelajar kita 58 peratus datang daripada keluarga berpendapa­tan rendah B40 dan ia tinggi berbanding institusi lain.

“Dalam kalangan pelajar kita, 15 peratus miskin tegar menyebabka­n universiti melancarka­n pelbagai program. Kami prihatin membantu mereka membeli makanan dan sebagainya,” katanya ketika melancarka­n program itu di fakulti berkenaan, semalam.

Program FS2S adalah program sumbangan ikhlas kakitangan FKM untuk disalurkan kepada mahasiswa fakulti berkenaan yang dikenal pasti, sekali gus melayakkan penerimany­a memperoleh kupon makanan RM5 sehari sepanjang satu semester.

Pembabitan 70 kakitangan FKM itu turut melayakkan 20 penerima sulung program itu masing-masing memperoleh sumbangan RM375 seorang yang diperoleh menerusi hasil kutipan keseluruha­n RM9,000 diserahkan dalam program itu.

Hadir sama, Dekan FKM, Prof Dr Noordin Md Yusof dan penyelaras program, Prof Madya Dr Intan Zaurah Mat Darus yang juga Ketua Jabatan Mekanik Gunaan dan Rekabentuk FKM.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Ismail berkata, pihaknya menyambut inisiatif fakulti itu dalam memberi ruang kepada pelajar untuk lebih fokus kepada pelajaran.

“Kita kena ingat, apabila kita tolong golongan pelajar seperti ini, ia memberi ruang kepada mereka untuk fokus pelajaran.

“Saya sanjung program seumpama ini dan bersyukur ramai kawan ingat bagaimana kita susah dulu dan ini masa untuk kita pulangkan, sekali gus membolehka­n mereka tidur nyenyak selepas membantu anak bangsa yang memerlukan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Ismail
MOHD Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia