Harian Metro

Ancaman beg plastik terhadap alam sekitar

-

Seperti biasa setiap pagi selepas menghantar anak ke taska, penulis akan singgah ke stesen minyak berdekatan untuk membeli roti dan kopi.

Ketika membayar, penjaga kaunter bertanya adakah penulis mahukan beg plastik, jika mahu penulis perlu membayar 20 sen.

Penulis menjawab tidak perlu.

Penjaga kaunter itu menghela nafas lega.

“Kenapa dik? Ada orang marah ke kena bayar untuk beg plastik?” penulis menduga.

“Begitulah kak, kerajaan tetapkan peraturan, tetapi kami yang di kaunter ini yang menjadi mangsa kemarahan orang ramai.

“Mereka ingat kami saja nak kaut untung.

“Saya pun pelik kak, kenapalah beg plastik? Setakat nak kurangkan sampah, sampah lain banyak juga,” katanya meluahkan perasaan.

Penulis hanya senyum dan segera berlalu untuk ke pejabat.

Jelas, masih ramai yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu bahaya plastik, khususnya beg plastik yang selama ini sudah biasa digunakan untuk mengangkut barang dan membungkus sampah.

Apa ‘istimewany­a’ beg plastik ini?

Berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada pakar pengurusan sisa pepejal, Dr Irnis Azura Zakarya, penulis menyimpulk­an tiga perkara penting bahaya beg plastik.

Pertama, beg plastik seperti plastik lain yang diperbuat daripada sumber petroleum sangat sukar dilupuskan.

Jika dibakar, proses itu akan membebaska­n toksik yang boleh menyebabka­n kanser dan jika ditanam, bahan kimia yang terurai akan mengeluark­an biphenol A dan oligomer yang boleh menjejaska­n fungsi hormon manusia dan haiwan.

Kedua, beg plastik yang didapati daripada kedai hari ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 400 tahun lagi untuk terurai.

Ini juga bermaksud sehelai beg plastik yang pernah digunakan oleh seseorang pada tahun 1980-an iaitu 30 tahun dahulu mungkin masih ada tertanam di tapak pelupusan atau terselit di mana-mana atau hanyut di lautan dalam keadaan asal.

Mengambil kira senario itu dan berbilion beg plastik yang sudah digunakan dan yang akan digunakan secara meluas setiap hari di seluruh dunia, berapa banyak agaknya beg plastik yang akan ditampung bumi?

Ketiga, sekiranya beg plastik itu berada di lautan, satu dalam 100,000 kemungkina­n, beg plastik itu akan menjadi penyebab kematian kepada haiwan laut yang mungkin terbelit atau termakan bahan itu.

Hasil bacaan penulis daripada laman sesawang, lebih 100,000 haiwan laut mati akibat beg plastik setiap tahun, malah pernah ditemui bangkai seekor ikan paus yang perutnya penuh dengan beg plastik.

Sehubungan itu, Dr Irnis Azura berpendapa­t kempen bebas beg plastik wajar diteruskan termasuk caj yang dikenakan.

“Saya dapati kerajaan atau badan berkanun sudah lama mengadakan kempen bebas beg plastik dan kesedaran masyarakat mengenai bahaya beg plastik kepada alam sekitar semakin meningkat.

“Masyarakat mula menerima dan bersedia dengan pelaksanaa­n hari tanpa beg plastik yang diadakan pada setiap Sabtu dan ini wajar diteruskan.

“Caj yang dikenakan sebanyak 20 sen kepada setiap beg plastik di pasar raya adalah wajar supaya pengguna tidak menggunaka­n beg plastik sewenang-wenangnya,” kata Pengarah Unit Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis.

Beliau turut mencadangk­an agar penggunaan beg plastik boleh lupus diperluas.

“Beg plastik mudah mereput ini amat baik digunakan

Beg plastik mudah mereput ini amat baik digunakan kerana ia mudah terurai iaitu dalam tempoh enam bulan berbanding beg plastik biasa. Pembuatan plastik boleh reput membabitka­n kos yang tinggi, namun jika ia mendapat sambutan daripada peniaga, kemungkina­n harganya dapat dikurangka­n ”

Dr Irnis Azura Zakarya

kerana ia mudah terurai iaitu dalam tempoh enam bulan berbanding beg plastik biasa.

“Pembuatan plastik boleh reput membabitka­n kos yang tinggi, namun jika ia mendapat sambutan daripada peniaga, kemungkina­n harganya dapat dikurangka­n dan secara tidak langsung dapat membantu memelihara alam sekitar,” kata Dr Irnis Azura.

Penulis amat bersetuju dengan pandangan beliau.

Bagaimanap­un, usaha meningkatk­an kesedaran dan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai bahaya beg plastik masih perlu dipergiat dan dilakukan terus-terusan.

Permulaan untuk sesuatu perubahan memang sukar. Banyak bunyi dan geseran. Namun, itu tidak bermakna pihak tertentu patut berputus asa.

Pendek kata perjuangan perlu diteruskan.

Ini kerana alam sekitar semakin tenat.

Semoga dengan sedikit usaha yang istiqamah akan mendatangk­an impak yang positif.

Lagipun, dalam jangka masa panjang, alam sekitar tidak memerlukan manusia, sebaliknya manusia yang memerlukan alam sekitar untuk kelangsung­an. – Bernama

 ??  ?? SAMPAH-sarap terdiri daripada plastik yang dibuang di dalam sungai boleh mengancam kehidupan air.
SAMPAH-sarap terdiri daripada plastik yang dibuang di dalam sungai boleh mengancam kehidupan air.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia